Bagai retak menanti belah, sampai begitu sekali spekulasi yang dibuat mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga antara Hafiz Hamidun dan isterinya Joy Revfa.
Mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi , bahkan tiada lagi gambar berdua di laman Instagram masing-masing. Hafiz juga tidak lagi menghadiri sebarang majlis bersama isterinya itu. Khabar angin mengatakan hubungan mereka renggang dikuatkan lagi bila Joy memuat naik video lagu Despacito yang dinyanyikan dalam Bahasa Melayu. Liriknya berbunyi, "Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu."
Video tersebut disertakan dengan kapsyen, 'Seharusnya...lebih baik bersabar dari terburu-buru dan terus keliru..' Walau bagaimanapun, penyanyi nasyid itu meminta peminat di luar sana supaya tidak membuat andaian bukan-bukan . "Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian. "Kalau nak nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan. Cuma kerjaya masing-masing membuatkan kami terlalu sibuk. Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya," katanya kepada Harian Metro. Hafiz dan Joy berkahwin pada 1 Mei lalu. Apa sebenarnya yang berlaku antara mereka berdua? Kita nantikan sahaja penjelasan rasmi nanti. -CARI
|
24
Bagus |
18
Marah |
26
Terkejut |
31
Sedih |
25
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MakcikXS: Eh komen semua dah hilang??
ADVERTISEMENT