|
Dalam pada orang ramai bergembira meraikan perkahwinan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim dengan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah, terdapat satu kisah menyedihkan di sebalik kebahagiaan itu.
Seorang pengguna Facebook, Rozaimy Qaisara bersedih di atas pemergian adiknya, Muhammad Aidil yang begitu meminati Tunku Aminah.
Bahkan, Aidil turut menjadi salah seorang insan bertuah menerima jemputan majlis perkahwinan puteri tunggal Johor itu. Siapa yang tak teruja jika menerima undangan perkahwinan daripada kaum kerabat diraja kan? Menerusi status abangnya, Aidil begitu teruja sehingga setiap hari dia mencuba Baju Melayu untuk dipakai ke majlis perkahwinan berkenaan. Namun, takdir Ilahi menentukan segalanya. Aidil terbabit dalam sebuah kemalangan yang meragut nyawanya. Orang ramai mendoakan agar keluarga Aidil dapat menerimanya dengan tenang. "Ya Allah dalam kegembiraan rakyat Johor hari ini adanya berita duka... Al-Fatihah buat arwah, dan salam takziah buat keluarga," tulis netizen. ![]() Foto: FB Rozaimy Qaisara Sedih, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Salam takziah buat keluarga Aidil. - CARI
|
|
17
![]() Bagus |
24
![]() Marah |
24
![]() Terkejut |
23
![]() Sedih |
28
![]() Lawak |
23
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.217255 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.