CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Kawalan, Dua Maut Terhumban Di Genting Highlands

17-8-2017 04:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6075| Komen: 41

Sebuah Perodua Axia terhumban dari tingkat empat kawasan letak kenderaan di sebuah hotel di Genting Highlands menyebabkan dua terbunuh, lapor Astro Awani.

Kejadian jam 4.15 pagi tadi menyaksikan Palanisamy Velayutham, 50, dari Sungai Pelek, Sepang, dan warga China yang dikenali sebagai Ming Sanmao, 43, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohamad Nor berkata, hasil siasatan awal mendapati Palanisamy sedang memandu turun dari tingkat atas ruang parkir.

"Apabila sampai di tempat kejadian kawasan membelok ke kanan dipercayai pemandu hilang kawalan terus terlanggar besi penghadang dan terjunam ke taman mini dengan keadaan keempat-empat tayar ke atas," katanya kepada Astro Awani.


Foto: Astro Awani


Kematian mangsa disahkan pegawai perubatan Klinik Genting Highlands.

"Siasatan juga mendapati berlaku kecuaian di pihak pemandu yang dipercayai gagal mengawal kenderaan menyebabkan ia terbabas dan terjunam ke bawah.

"Bagaimanapun siasatan masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. - CARI
19

Bagus
22

Marah
40

Terkejut
24

Sedih
10

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roti_banjir 17-8-2017 05:13 PM
nih UBER ker GRABCAR???
Quote Buritan 17-8-2017 05:19 PM
Tuhan dia tak tolong ke maideen
Quote mellmn 17-8-2017 05:33 PM
Mmm..mgkin jln licin musim ujan lak tu
Bwk lelaju kot..time 4 am..{:thief
Quote mellmn 17-8-2017 05:35 PM
Mmm..mgkin jln licin ujan lak tu..
Bwk lelaju...4am...{:thief
Quote putehkundor 17-8-2017 05:39 PM
Siang siang pun mak teh Tak berapa suka pergi genting ni, pagi pagi jam 4 lagi lah...
Quote paz 17-8-2017 05:42 PM
Laju sangat kot
Quote sofiazara 17-8-2017 05:46 PM
area mana nih
Quote insulin 17-8-2017 05:54 PM
Ngerinya. Darah berjejeran atas bumbung kereta Axia tu.
Quote matchstick 17-8-2017 06:17 PM
mcm mana rupa besi penghadang tu di tingkat 4 tu..senang nya kereta kecik gitu langgar boleh jatuh.
Quote mesmerize 17-8-2017 06:22 PM
nampak baru lagi kereta tu jika dilihat dari bahagian bawahnya..bersih semacam
Quote Changa 17-8-2017 06:23 PM
PPRT nya kau dek, turun.parking pun merempit kah? Atau mabuk? Mengantuk??
Quote munchkin 17-8-2017 06:40 PM
perempuan tu siapa pada pemandu?
Quote CiliPadiSedap 17-8-2017 07:20 PM
Axia ada isu stering lock? ada sesiapa pengguna axia boleh clarify? akak baru nak beli axia
Quote honeylynn 17-8-2017 07:57 PM
Patutnya utk multi-level parking ni tak buat besi penghadang @ railing besi...membahayakan pengguna...sepatutnya biar low wall concrete je..in case terlajak then takde sampai terjunam..
Quote CikPuanTaurus 17-8-2017 08:15 PM
CiliPadiSedap replied at 17-8-2017 07:20 PM
Axia ada isu stering lock? ada sesiapa pengguna axia boleh clarify? akak baru nak beli axia

Dlu pom pernah dgr sekali..
Member iolss pom guna axia
Tp bila tny dy,,dy pom xthu sngt
Thu naikk jew..alhamdulillah xjd apa lg
Quote CikPuanTaurus 17-8-2017 08:17 PM
Jalan nk kesana menakutkn
Tambah plk skrg musim hujan
Quote Ajumma 17-8-2017 08:26 PM
CiliPadiSedap replied at 17-8-2017 07:20 PM
Axia ada isu stering lock? ada sesiapa pengguna axia boleh clarify? akak baru nak beli axia

Alhamdulillah...dah 8 bulan pakai...takde masalah...
Quote bictoria 17-8-2017 08:32 PM
Polis jumpa duit banyak tak dalam kete tu? Kot kot baru balik judi
Quote sofiazara 17-8-2017 09:45 PM
CiliPadiSedap replied at 17-8-2017 07:20 PM
Axia ada isu stering lock? ada sesiapa pengguna axia boleh clarify? akak baru nak beli axia

ingatkan akak kaya
belilah starex

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.241993 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top