Ekoran insiden kegelinciran tren kargo yang berlaku di KM386.800, antara laluan Stesen Kuala Lumpur dan Stesen Bank Negara pada 4.30 pagi tadi, semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter akan mengalami gangguan waktu perjalanan antara 20 hingga 30 minit dari jadual asal. Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan mengalami gangguan perjalanan antara 15 hingga 20 minit. KTM Berhad dalam kenyataan mengesahkan perkara itu dan memaklumkan pihaknya sedang giat menjalankan kerja-kerja baik pulih.
"Dijangkakan perkhidmatan tren akan beroperasi seperti biasa pada 4 petang ini." "Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku." Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di talian 03-2267 1200 atau layari laman web www.ktmb.com.my serta Facebook KTM Berhad dan Twitter @ktm_berhad.- CARI |
14
Bagus |
12
Marah |
6
Terkejut |
15
Sedih |
19
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT