Terdahlu berlaku pertelingkahan antara ahli kumpulan itu dengan pemain drum Yazid Ahmad, 54, melibatkan isu bayaran sehingga menjadi kes polis.
Pergeseran itu menyebabkan konsert sempena ulang tahun ke-35 penubuhan kumpulan rock itu yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada hujung Ogos tahun lalu batal apabila Search menarik diri daripada meneruskan kerjasama dengan Afjets. Memetik laporan Berita Harian, ekoran gagal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan saman penganjur Afjets Sdn Bhd kerana melanggar perjanjian konsert ‘Search 35 tahun’ tahun lalu, tiga ahli kumpulan Search diarah membayar ganti rugi berjumlah hampir RM500,000. Difahamkan mereka itu terdiri daripada gitaris Noordin Mohd Taib, 55; pemain gitar utama Hamzah Mohd Taib atau Kid, 50; dan pemain gitar bass Nasir bin Daud, 58.
Namun nasib vokalis Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, 59, masih belum diputuskan mahkamah. Hakim Mahkamah Tinggi M Gunalan memerintahkan ganti rugi khas berjumlah RM494,079.71 dibayar kepada Afjets. Afjets selaku plaintif, yang memfailkan saman pada 14 Oktober tahun lalu, juga berjaya memperoleh ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditaksirkan kemudian. Ketiga-tiga defendan juga dihalang daripada mengeluarkan dan menerbitkan kenyataan yang memburuk-burukkan dan memfitnah syarikat itu.- CARI |
de_ikea: Iols tak faham. Kenapa amy tak kena ye? @doubleA
ADVERTISEMENT