Bakal melancarkan bisnesnya tidak lama lagi, ahli kumpulan Forteen iaitu One mengakui terpaksa menepis dan juga mengetepikan tanggapan negatif masyarakat.
Ini kerana bisnes tersebut merupakan spa khusus untuk lelaki yang sering dipandang serong oleh orang tertentu. Mstar Online melaporkan One, 28 berkata bisnesnya itu diberi nama Musclemen Spa diusahakan kerana kurangnya servis seperti itu dalam pasaran. "Insya-Allah spa lelaki saya akan dilancarkakn secara rasmi pada 27 Ogos ini, ia terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Lebih kurang setahun juga saya memikirkan tentang bisnes ini kerana saya berhadapan dengan cabaran utama iaitu mulut-mulut orang yang berfikiran negatif. "Saya hanya pekakkan telinga kerana sebagai seorang artis tidak mungkin saya ingin melakukan perkara yang tidak baik dan boleh menjejaskan nama saya," katanya. Katanya lagi, bidang khusus untuk kesihatan lelaki itu diceburi kerana mahu menjadikan ia sebagai pendapat sampingan pada masa depan.
"Kalau kita lihat bisnes ini tak ramai yang buat, kebanyakkan spa hanya untuk perempuan sahaja sedangkan ramai lelaki sekarang yang mementingkan kecantikan. "Alhamdulillah walaupun belum dibuka, ramai yang sudah telefon untuk buat tempahan dan cuba perkhidmatan spa kami," katanya lagi. - CARI |
12
Bagus |
34
Marah |
20
Terkejut |
11
Sedih |
24
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Themilo replied at 21-8-2017 11:40 AM
kalo kau tinggi sikit, agak tasty dekk.. semoga berjaya la dengan bisnes kau tu..
ADVERTISEMENT