Bayangkan tiada tandas langsung dalam sesebuah rumah, memang tak masuk akal dan boleh menimbulkan marah. Disebabkan itu jugalah, seorang isteri di New Delhi India bertindak menceraikan suaminya kerana permintaannya untuk membina tandas di dalam rumah mendapat bantahan.
Menurut laporan The Hindu, wanita yang berkahwin pada tahun 2011 itu juga telah merayu kepada mentuanya kerana sudah tidak tahan terpaksa keluar ke padang setiap kali mahu membuang air kecil dan besar. Selepas diendahkan, wanita terbabit pulang ke rumah ibu bapanya dua tahun lalu dan memfailkan cerai. Mahkamah Keluarga di Bhilawara, Rajasthan mendapati perbuatan keluarga mentua terbabit sebagai satu kekejaman dan menyebabkan penyeksaan mental terhadap wanita itu.
Hakim Rajendra Sharma menyatakan, ketiadaan tandas adalah sesuatu yang memalukan pada abad ke-21 ini dan dianggap sebagai satu penyakit masyarakat. “Pelik apabila orang tiada masalah berbelanja membeli arak, rokok atau telefon bimbit tetapi bukan untuk membina tandas di dalam rumah,” katanya. -CARI
|
21
Bagus |
11
Marah |
24
Terkejut |
19
Sedih |
8
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
kucen_miang replied at 21-8-2017 11:50 AM
2x5 indon jugak
akusukaq replied at 21-8-2017 12:38 PM
byk pun rumah2 kat kpg ulu kelantan tu jamban maseh kat luar rumah.nak hairan sgt ke .yg melepas k ...
akusukaq replied at 21-8-2017 12:38 PM
byk pun rumah2 kat kpg ulu kelantan tu jamban maseh kat luar rumah.nak hairan sgt ke .yg melepas k ...
ADVERTISEMENT