Gara-gara takut dicekup kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah, seorang wanita warga Indonesia maut selepas terjun dari tingkat dua sebuah premis pusat hiburan, kelmarin, lapor Harian Metro.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, wanita terbabit dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan dijalankan pihak polis di sebuah pusat hiburan berhampiran lokasi kejadian. Mangsa berusia 20-an itu ditemui meninggal dunia di hadapan sebuah bank di Batu 5, Jalan Ipoh. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy, mangsa cedera di bahagian dada dan kaki.
“Menurut keterangan saksi, terdapat beberapa individu yang melihat mangsa terbaring di tepi jalan sebelum membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan. “Bagaimanapun, mayat wanita itu ditemui orang ramai di hadapan sebuah bank pada jarak 50 meter dari lokasi dia terjatuh kira-kira dua jam kemudian. Berdasarkan keterangan saksi, kami percaya mangsa ditinggalkan di lokasi terbabit selepas mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya. Tambah Munusamy, mayat mangsa dalam keadaan berpakaian lengkap ketika ditemui. “Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di dada dan kaki. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat. “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya. Sementara itu, polis turut menahan 120 individu didapati positif dadah dalam operasi berkenaan. “Kebanyakan mereka ditahan terdiri daripada warga Indonesia berusia antara 20 hingga 40 tahun. “Selain itu, kami turut menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Indonesia kerana memiliki dadah jenis amphetamine,” katanya. - CARI
|
41
Bagus |
24
Marah |
26
Terkejut |
9
Sedih |
21
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
MH3707 replied at 22-8-2017 11:29 AM
datang malaysia bukan nak cari kerja halal,tp buat maksiat...dasar tak sedar diuntung di bumi malays ...
Skuau replied at 22-8-2017 11:34 AM
Minta dimaskkn jer dlm beg atlet drng...tapau blk indon...selesai...
MH3707 replied at 22-8-2017 11:35 AM
eh jangan gitu,tak baik...masukkan dalam beg,pastu campak kat lombong...lagi afdal
MH3707 replied at 22-8-2017 11:29 AM
datang malaysia bukan nak cari kerja halal,tp buat maksiat...dasar tak sedar diuntung di bumi malays ...
finesse replied at 22-8-2017 11:40 AM
Kan.. menyusahkan org. Spesis macam ni x blh ditolong. Tolong pun bak tolong anjing tersepit Jah ...
MH3707 replied at 22-8-2017 11:43 AM
yg paling aku tak tahan and rasa sakit hati masa nengok "vlog" si aliff sukri yg maid indon dia me ...
ADVERTISEMENT