Susulan insiden skuad sepak takraw wanita meninggalkan gelanggang ketika perlawanan menentang Malaysia pada Ahad, Persatuan Sepaktakraw Indonesia (PSI) mengakui mereka telah melakukan satu kesilapan besar.
Memetik Bernama, Timbalan Presiden PSI, H. Syafrizal Bakhtiar menyifatkan tindakan jurulatih serta pemainnya disebabkan terbawa-bawa emosi kerana kecewa dengan pengadil bertugas. "Setelah meneliti dan melihat semula data dan video ulangan, ternyata tekong kami telah mengangkat kaki sewaktu melakukan servis dan ia adalah satu kesalahan.
"Ketika itu jurulatih, pemain dan barisan pengurusan kami hanya melihat dari mata kasar dan kami telah melakukan kesilapan. "Saya sebagai pengurus pasukan sudah berusaha untuk mengikuti regulasi bahawa kami tidak boleh melakukan protes besar dan hanya boleh membuat bantahan mengikut undang-undang ISTAF (Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa) dan menggunakan prosedur yang betul," katanya kepada Bernama. Meskipun dipujuk, mereka berkeras meninggalkan gelanggang kerana terlalu mengikut emosi. Menurut Syafrizal, pihaknya kesal dengan tindakan itu dan memohon maaf di atas kesilapan yang dilakukan. Setiausaha Agung ISTAF Datuk Abdul Halim Kader memaklumkan pihaknya akan bermesyuarat bersama jawatankuasa teknikal bagi menentukan jenis hukuman ke atas republik itu. - CARI
|
20
Bagus |
14
Marah |
23
Terkejut |
20
Sedih |
13
Lawak |
30
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
gede-bab replied at 22-8-2017 10:16 AM
adakah rakyat indon mau menerima kesalahan mereka...pasti tidak...memang bodoh piang indon ni...
ADVERTISEMENT