CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi Cinta, Suami Hafal Nama 'Panjang' Isteri Sebelum Akad Nikah

22-8-2017 12:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9288| Komen: 65

"Nama panjang-panjang ni, adakah tuan empunya diri akan dipanggil 
dengan nama penuhnya sepanjang masa?"


Pasti itulah yang terdetik di hati jika terlihat satu nama yang panjang, lebih-lebih lagi jika nama tertera buat lidah anda berbelit nak menyebutnya.

Pun begitu, seorang wanita, Khamsaturra-Piaatol-Lati-Latipah Abdul Rahman, 53, gembira kerana memiliki nama yang sangat panjang.



“Yang baiknya nama panjang, orang mudah ingat kita ini siapa, tetapi ada juga yang tak baiknya, terpaksa ‘ditemu bual’ untuk urusan rasmi.

"Sekurang-kurangnya, ada juga perkara orang boleh ingat kepada saya, hanya kerana nama dan saya anggap ini adalah ‘hadiah istimewa’ daripada arwah Chek (panggilan untuk ayahnya),” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Latipah, namanya itu diberi ibunya selepas dirujuk kepada ulama atau tok guru kerana mengikut amalan orang Kelantan.

Sementara itu, suami Latipah iaitu Ismail berkata, dia menghafal betul-betul nama isterinya sebelum akad nikah.

“Dulu gerun tengok namanya ada dalam dua kad pengenalan. Panjang dan agak susah sebut, tetapi demi kasih sayang, Alhamdulillah akad itu hanya sekali lafaz,” ujarnya ketawa.


Foto: Sinar Harian

Apa yang menarik dan melucukan, Latipah pernah digelar sebagai 'Koperal' gara-gara namanya dipendekkan kepada 'KPL'.

“Agak susah membawa nama istimewa ini terutama ketika mahu ambil peperiksaan, Namun atas bantuan pihak sekolah dan beberapa kali berhadapan dengan temu bual dengan pihak tertentu peperiksaan, akhirnya nama saya terpaksa dipendekkan kepada ‘KPL’ untuk singkatan bagi Khamsaturra Piaatol Lati.

“Jadi di sekolah ada yang memanggil saya sebagai ‘koperal’ setelah nama saya dipendekkan kepada ejaan ‘KPL’,” katanya.

Dalam masa sama, Latipah turut berpesan kepada ibu bapa untuk menamakan anak dengan nama pendek, mudah diingat dan indah maksudnya supaya mudah dan senang untuk anak itu sendiri serta orang lain. - CARI
36

Bagus
14

Marah
30

Terkejut
21

Sedih
21

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gede-bab 22-8-2017 12:40 PM
Nama anak kawan aku lagi panjang..sampai JPN kena bagi kad lain beriringan dengan IC tu...
Quote nobito 22-8-2017 12:42 PM
Nama tu ikut Fengshui versi Isle ke?


Quote Artemesiaa 22-8-2017 12:56 PM
Ni bukan isu panjang je tapi lebih kepada isu susah nak menyebutnya
Quote zaziot 22-8-2017 01:02 PM
bagi aku senang je..tgk balik motip nk bg nama tu apa..sebab maksud nama yg elok ke apa
maksud kalau elok tp xdipanggil dgn beto...xsampai jugak motip ko bg nama yg ada maksud elok tu kan
so yg eloknye bg nama seketol je senang..yg maksud elok..n panggilan pun dpt panggil nama full instead nama pendek Dan, Den, Don kan
dari bg nama kemain glemer panjang skali panggilnye Noi...apa la maksud Noi tu
Quote haryatie 22-8-2017 01:04 PM
nak sebut pun susah..pelik jerk
mmg susah nak ingat
Quote ellejo 22-8-2017 01:05 PM
berita biasa je ni bagi umat sekarang yang nama panjang mengalahkan litar trek stadium

Quote saladin780 22-8-2017 01:06 PM
Caprut je kemaruk buh nama panjng2 nih
Quote honeybucuk 22-8-2017 01:06 PM
ketahuilah sesungguhnya bawa nama pendek pun susah sebenarnya..

orang akan tanya balik XXX je? or nama penuh ape?
Quote jazaa100 22-8-2017 01:08 PM
nobito replied at 22-8-2017 12:42 PM
Nama tu ikut Fengshui versi Isle ke?

Entahnya....

Siap rujuk ulama' pastu ada Lati- Latipah.....

Mcm tersangkut sangkut pulak...memula aku ingat polis yg amik report tu tak brp dgr bila ayah dia sebut nk bubuh nama apa....rupanya ulama yg bg...
Quote hyie 22-8-2017 01:09 PM
apa cer budak pompuan yang nama dia panjang gila fatonah zabaniah bla3 tu ya? tak bleh nak recall nama beliau
Quote ms.engine 22-8-2017 01:09 PM
Panjang dan susah nk sebut namanya
Quote nobito 22-8-2017 01:10 PM
jazaa100 replied at 22-8-2017 01:08 PM
Entahnya....

Siap rujuk ulama' pastu ada Lati- Latipah.....

Kena kencing dengan ulamak kot sis
Quote prettyuglybabe 22-8-2017 01:11 PM
ada lagi yang lagi panjang makcik.. lagi 20 tahun maybe keluar berita bila nak kawin..
sekarang rasanya budak tu masih sekolah rendah lagi
Quote alieyrina 22-8-2017 01:12 PM
Lawaknya..jd koperal..haahahaa
Quote Bdkkg 22-8-2017 01:13 PM
nk tergelak plak baca.. kalau letak satu surah kan senang.. surah2 lazim.. Al-ikhlas ke. hbs je baca terus sah!
Quote EvieWanKenobi 22-8-2017 01:48 PM
berbelit nak menyebutnya..
Quote matchstick 22-8-2017 01:49 PM
ikut nasihat ulamak..nk jugak nama ikut sebutan betul dgn sabdu, mad asli segala. .
smpi part piaatol lati tu agaknya kena wakaf skjp pastu sambung balik kena ulang lati tu
Quote lkick2113 22-8-2017 01:51 PM
aku sekali baca ingat nama dia khamasutra
Quote Skuau 22-8-2017 02:00 PM
hyie replied at 22-8-2017 01:09 PM
apa cer budak pompuan yang nama dia panjang gila fatonah zabaniah bla3 tu ya? tak bleh nak recall na ...

Jgn pgl timah...pgl fatimah.....

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.138211 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top