Dulu-dulu kalau tengok filem lakonan Shah Rukh Khan, keluar dari panggung mesti tersenyum lebar! Selain jalan cerita yang menarik, rasa puas hati betul dengan lakonan mantap aktor Bollywood pujaan ramai ini.
Sekarang keadaan sudah jadi sebaliknya apabila satu demi satu filem yang dibintanginya menemui kegagalan. Menurut The India Times, filem terbarunya iaitu Jab Harry Met Sajal tidak mendapat kutipan Box Office dan sekaligus membuktikan filem ini gagal menarik minat penonton. Sebelum ini, filem lakonan aktor terkenal Salman Khan, Tubelight juga gagal di pasaran sampai pelabur meminta ganti rugi.
Jadi sekarang, adakah Shah Rukh Khan akan melakukan tindakan yang sama? Financial Express juga menyatakan, NH Studioz yang mendapat hak pengedaran filem itu di India mahu Shah Rukh bayar sejumlah wang untuk menampung kerugian mereka. Apa yang pasti mesti SRK sekarang sedang kecewa sebab tahun lepas filemnya bersama Kajol iaitu Dilwale juga gagal dan dia terpaksa membayar 50 peratus ganti rugi kepada pengedar filem itu. Tak tahu di mana silapnya tapi biasalah pasti akan ada naik turunnya dalam dunia hiburan. Semoga Shah Rukh Khan bertabah! -CARI
|
23
Bagus |
20
Marah |
16
Terkejut |
13
Sedih |
13
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
-electrifying- replied at 22-8-2017 06:25 PM
bkn ke dilwale pon popular?
CardiGans85 replied at 23-8-2017 10:16 AM
Sy peminat SRK..tp jln cerita kena ubah. Ni bkn zmn DDLJ lg. Aamir khan pun sebaya dia tp terus leto ...
JeepersCreepers replied at 23-8-2017 04:09 AM
Kat msia sampai sold out tp kat india xlaku. Gara2 teman sorg makcik ni, sanggup dia tunggu ...
ADVERTISEMENT