Tahun 2004, Malaysia digegarkan dengan pencapaian Nur Amalina Che Bakri yang cukup membanggakan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
17A1 bukan perkara yang mudah nak dicapai, tapi pelajar pintar ini membuktikannya dan berjaya menyambung pelajaran di luar negara. Ramailah yang menjadikan dirinya sebagai idola dan ikutan. Tambahan pula dia berjaya memperoleh ijazah berkembar, Ijazah University Edinburgh Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan). Amalina juga pemegang Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik. Baru-baru ini sekali lagi namanya disebut-sebut dan menjadi kontroversi di media sosial tentang perubahan drastik yang berlaku terhadap dirinya. Katanya sekarang dah macam Kim Kardashian! Menurut sumber, Amalina semakin galak bersosial dan terkena kejutan budaya. Disebabkan imej dan penampilannya yang dikatakan seksi dan seolah-olah lupa tentang asal usul jati dirinya, ramailah netizen yang mula menghentamnya. Apa pun, di sebalik kecaman yang diterima ramai juga yang mengakui gadis ini layak dipanggil 'beauty with brain'. Difahamkan sekarang ini sedang menjalani surgical trainee di The Royal College of Surgeons of England dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik. Semoga hasratnya untuk menjadi pakar bedah akan menjadi kenyataan pada masa akan datang! Apa pendapat anda? -CARI
|
17
Bagus |
21
Marah |
14
Terkejut |
29
Sedih |
24
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT