N Thanabalan muncul menjadi wira negara apabila jaringan tunggalnya membawa Malaysia ke final acara bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Pasukan Malaysia menewaskan Indonesia 1-0 di Stadium Shah Alam. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee ini akan berentap dengan pasukan Thailand yang mengenepikan Myanmar, juga dengan 1-0 pada satu lagi separuh akhir. Menurut laporan Harian Metro, permainan bermula agak perlahan. Percubaan terbaik Malaysia hadir pada m-29 menerusi sepakan penjuru Safawi Rasid yang melencong ke dalam gol namun berjaya ditepis penjaga gol Indonesia, Satria Tama Hardiyanto.
Satria menjadi penyelamat pintu gol Indonesia seminit selepas itu apabila menyelamatkan percubaan jarak dekat N Thanabalan. Manakala Indonesia mendapat peluang pada m-33 menerusi sepakan percuma Septian David Maulana tetapi berjaya ditangkap kemas Haziq Nadzli. Babak kedua menyaksikan rembatan deras kapten Indonesia Evan Dimas Darmono pada m-64 tapi Malaysia bernasib baik kerana ia tidak menepati sasaran. Sekali lagi peluang sia-sia untuk Malaysia pada m-65 apabila Jafri Firdaus Chew gagal menanduk tepat bola sepakan penjuru Safawi. Jaringan yang ditunggu-tungu tiba pada m-87 apabila N Thanabalan menanduk masuk bola sepakan sudut Syazwan Andik Mohd Ishak sekali gus membawa skaud negara ke final yang akan berlangsung pada 29 Ogos nanti. -CARI
|
16
Bagus |
33
Marah |
10
Terkejut |
36
Sedih |
27
Lawak |
15
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Decaffeinated replied at 26-8-2017 11:15 PM
Indonesia dah upgrade jadi musuh tradisi ka? Singapore?....
idril replied at 26-8-2017 11:53 PM
thanabalan ni player mana? nanti adalah negeri tu mesti beli punya dia ni...... harap dia jadi man o ...
matseh replied at 26-8-2017 11:55 PM
Felcra Utd. Liga FAM
Kittie replied at 27-8-2017 12:00 AM
Jgn risau pasal Thana, mesti negeri ujung dok perati jerrr.
Peterpan17 replied at 26-8-2017 11:40 PM
Aku pun pelik. Dah jd mcm musuh tradisi pula Indon ni dgn Msia. Ala ala Thailand dgn Myanmar jd mu ...
kucen_miang replied at 26-8-2017 04:27 PM
tt lambat bukak la thread ni.patut bukak sblom lwn td..sure dah berpuluh2 pg
ADVERTISEMENT