Kontroversi yang melanda Afifah Nasir nampaknya tidak memberi kesan negatif pada perjalanan kariernya. Aktres ini menyatakan yang kontroversi itu hanya mematangkan dirinya selain memberi pengajaran agar tidak mudah percaya dengan orang sewenang-wenangnya.
Malah, ia langsung tidak mengganggu periuk nasinya untuk mencari rezeki dalam industri hiburan. "Kehidupan kena diteruskan dan Alhamdulillah apa yang berlaku tidak mematahkan semangat saya. Cuma saya perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk saya agar tidak lagi terpalit dengan kontroversi," katanya kepada mStar Online. Dia juga tiada langsung rasa mahu mengasingkin diri dari semua orang sebaliknya cuma membataskan pergaulan agar tidak ditimpa sebarang masalah lagi.
"Saya tetap seperti biasa cuma lebih berhati-hati kerana kita tidak tahu niat orang ini macam mana," tambahnya. Katanya, rezeki makin mencurah-curah kerana tidak putus-putus tawaran berlakon. "Alhamdulillah karier berjalan seperti biasa dan kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Syurga Yang Kedua. Seronok bekerja dengan nama-nama besar dalam projek ini kerana barisan pelakon seperti Fasha banyak beri kata-kata semangat dan positif." Baguslah begitu, semoga lebih berjaya di masa depan ya. -CARI
|
6
Bagus |
7
Marah |
7
Terkejut |
7
Sedih |
7
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
felinecat replied at 27-8-2017 12:09 PM
bongkaknya, tp dh wartawan iv, camtu la jawapanye ye dak..keep on bitchy ye
Deidra replied at 27-8-2017 12:17 PM
Sblm2 ni pun aku x pnh layan drama lakonan kau dik.dah ada lumpur ni lagi lah aku tak teringin nak t ...
Incanto replied at 27-8-2017 01:33 PM
suka nya tengok gambar ke tiga tu
ADVERTISEMENT