Netizen khasnya peminat kepada penyanyi Fauziah Latiff dan Nassier Wahab teruja mengetahui kedua idola mereka itu kini berada di Makkah bagi menunaikan haji.
Hal tersebut diuar-uarkan oleh Nassier menerusi laman Instagram miliknya yang turut memuat naik gambar bersama Fauziah atau Gee. "Alhamdulillah. Bersama Gee, kami akan berlepas ke Tanah Suci, doakan semoga perjalanan kami dirahmati Allah," katanya yang memohon doa daripada semua peminat. Manakala memetik laporan Utusan Malaysia, Gee berangkat ke Tanah Suci ditemani ibunya, Ngasiah Ahmad. Ujarnya, dia berasa terharu kerana ramai kenalan hadir untuk mengucapkan selamat jalan kepadanya. “Syukur pada Allah kerana saya diundang oleh Allah untuk mengerjakan haji. Tidak tahu bagaimana rasanya untuk menyatakan rasa gembira. Dalam masa saya juga sebak kerana tidak sangka menerima undangan ini,” ujarnya. Moga urusan menunaikan ibadah haji kedua penyanyi ini dipermudahkan. - CARI |
11
Bagus |
8
Marah |
10
Terkejut |
9
Sedih |
6
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
espri6006 replied at 28-8-2017 10:41 AM
Fauziah Latif pakai macam gitu sebiji macam di awal kemunculannya...muka polos tanpa mekap yang bany ...
beautifulorchid replied at 28-8-2017 11:19 AM
Ape kes dia dgn mak ayah dia dulu? bleh citer sket?
ADVERTISEMENT