Sebelum ini, beberapa individu terkenal sama ada tokoh negara mahupun atlet sukan pernah terbabit dalam bidang perfileman.
Antaranya Tun Dr. Mahathir, tiga orang pemain beregu campuran badminton negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pemain beregu lelaki Goh V Shem diberi tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem tempatan. Terbaru, bekas menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek dilaporkan bakal membintangi sebuah filem komedi romantik berlatar belakang Adat Perpatih. Memetik laporan Harian Metro, filem terbitan Madness Film Sdn Bhd itu berjudul 'This Is Pilah' yang bakal memulakan penggambaran bulan depan.
Menurut pengasas Madness Film, Shafirul Nizam Haron, filem arahan Rosdi Md Dali itu menampilkan Datuk Seri Hasan Malek sebagai pelakon jemputan dan pelakon utama terdiri daripada penyanyi rap tempatan, Juzzthin dan Waris serta Ito yang merupakan artis berasal dari negeri berkenaan. "Filem ini menampakkan kelainan apabila semua dialek menggunakan bahasa Negeri Sembilan. Sementara itu pelakon wanita masih misteri." "Buat masa ini kami juga sedang berunding untuk menjemput kartunis Ujang dan penceramah, Ustaz Syamsul Debat," katanya. Jelasnya, filem ini berkisar mengenai pemuda dari Kuala Pilah yang mahu berkahwin dengan wanita idaman namun dihalang bapa lelaki berikutan berasal dari suku yang sama. Dalam pada itu, Undang Johol, Datuk Muhammad Abdullah akan dilantik sebagai penasihat filem berkenaan yang menelan perbelanjaan sebanyak RM1 juta.- CARI |
28
Bagus |
12
Marah |
10
Terkejut |
25
Sedih |
23
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Vokuro replied at 28-8-2017 01:25 PM
WHO ARE YUSSSS???
PandaSaka replied at 28-8-2017 02:54 PM
Aik tak boleh ye kawin dengan suku yang sama? Eden orang nesmilan pun tak tau ni
ADVERTISEMENT