CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kubur Michael Jackson Dilapor Kosong! Ke Mana Hilangnya Jasad Raja Pop Dunia?

28-8-2017 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 9341| Komen: 39|Original author: Oleh: Adib Za

Mengejutkan! Ibu kepada legenda raja pop dunia Michael Jackson, Katherine telah membuka rahsia besar yang menyebabkan ramai peminat tercengang!

Memetik laporan Radar Online, Katherine mendedahkan  kubur anaknya itu yang terletak di Forest Lawn di Los Angeles sebenarnya kosong.

Malah, katanya mayat Michael tidak ada dalam peti ketika dimakamkan pada tahun 2009. 

"Semua orang menyangka Michael Jackson dikubur di Forest Lawn, tapi tidak," tulis laporan itu. 

Ia dilakukan atas faktor keselamatan selain mengabulkan permintaan Michael sendiri. 

"Pun begitu, Katherine sudah mendedahkan rahsia itu kepada beberapa teman rapatnya."

Foto: carian internet

Laporan itu turut menyatakan sebelum ini keluarga Michael bertelagah selama berbulan-bulan kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Katherine bimbang jika seseorang mencuri mayat anaknya itu," tulis Radar Online. 

Dilaporkan abu mayat Michael Jackson kini dipercayai dikuburkan di bawah pohon pear yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di California. - CARI 
22

Bagus
25

Marah
11

Terkejut
26

Sedih
11

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (114 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 28-8-2017 04:46 PM
keh keh keh.. macam-macam hal.. kata dah convert muslim, tapi dibakar pulak jenazah arwah..
Quote nur_blur 28-8-2017 04:55 PM
Misteri sungguh
Quote Zasss777 28-8-2017 04:57 PM
Ada ke org nk curi mayat? Seramnya!
Quote miemiecha 28-8-2017 05:25 PM
siannya.. dari idup smpai mati kne menyorok ek
Quote moonbug 28-8-2017 05:26 PM
Masa hidup penuh kontroversi. Dah mati pun tak habis lagi kontroversi. Mmg legend beliau ni
Quote RatuDunia94 28-8-2017 05:28 PM
Zasss777: Ada ke org nk curi mayat? Seramnya!

Alangkah umat nusantara mampu amik minyak dagu mayat.. Apatah lg si mikel ni..
Quote supernaturalee 28-8-2017 05:32 PM
Dilaporkan abu mayat Michael Jackson kini dipercayai dikuburkan di bawah pohon pear yang dikenali sebagai Giving Tree di kediamannya di California. - CARI


cremated lh ye?
btw esk ulangthn kelahiran heols
klu hidup lg, esk 59 thn






Quote emelia1509 28-8-2017 06:20 PM
mj is legend...
Quote beautifulliar 28-8-2017 06:26 PM
Tringat time die mati adil bongsu meols melalak.taktau la nape sheols minat sgt kt lagu2 mikel jeksen
Quote DeeHanania 28-8-2017 07:11 PM

Bsok ulang tahun klahiran mendiang MJ ke 59thn...
Sekejapan jek 8tahun mendiang MJ DA xde...
Quote emelia1509 28-8-2017 07:48 PM
beautifulliar replied at 28-8-2017 06:26 PM
Tringat time die mati adil bongsu meols melalak.taktau la nape sheols minat sgt kt lagu2 mikel jekse ...

meols pun melalak okehhh...oh my mj...hihi
Quote MyNameIsIris 28-8-2017 09:21 PM
Lah ssbaya arwah fil i.. patutlah arwah minat sampai gi konsert dia dulu
Quote MyNameIsIris 28-8-2017 09:21 PM
RatuDunia94 replied at 28-8-2017 05:28 PM
Alangkah umat nusantara mampu amik minyak dagu mayat.. Apatah lg si mikel ni..

Tiba-tiba teringat cerita andy kat bod mistik pasal minyak dagu
Quote Yuyu8934 28-8-2017 10:30 PM
kalau sebut pasal MJ ni teringat dekat housemate.

on the way pegi BP time tu, ya Allah dia boleh cerita pasal MJ ni 3 jam beb non stop. segala mv, lagu, kisah hidup dia cite. iolssss tak tau nk respon apa dah. taksubnyaaa beliau dgn MJ. dah la iols yg drive, rs nak hempuk muka kat stereng. {:laugh
Quote makita 28-8-2017 10:40 PM
Dia tanam mayat ke tanam abu.
Quote nafham 29-8-2017 01:21 AM
mng ada rumor pun dihari tanaman dia tu. katanya coffin tu kosong n simbolik je. tp desas desus hilang gitu saja.
Quote AnggunSophea 29-8-2017 07:26 AM
Edited by AnggunSophea at 28-8-2017 11:48 PM

Since hari majlis pengkebumian MJ lagi dah ada rumours yg mengatakan MJ sebenarnya belum meninggal kan? Adik perempuan MJ banyak kali terkantoi dgn photographer, dok senyum n sengih nampak gigi di sebalik topi besar. Masa speech pun ada sorang budak kecik relative MJ terkantoi sebut MJ ni still alive.

Gambar MJ dalam keranda tu pun menyerupai gambar keranda dan mendiang artis lain yg meninggal lagi awal, cuma di edit tang kepala diganti dgn gambar MJ je. Try search on Youtube.

Kedudukan tapak kubur pun tak tally dgn apa yg di video kan untuk siaran TV. Kiranya banyak keraguan here and there.

Rumours paling top, MJ sebenarnya dah convert islam dan nak hidup jauh dari dunia glamor. Banyak jugak leak video someone yg 90% menyerupai MJ tengah menjalani hidup mcm org biasa kat Youtube, tapi taktau lah sahih ke tak.

Kalau layan article media barat, sebenarnya ramai lagi yg paparazzi inform, artis hollywood yg acah acah meninggal tapi sebenarnya belum. Ada yg baru meninggal betul2 pun ada, selepas hampir puluhan tahun palsukan kematian. Diorang just palsukan kematian dlm media. Diorang maybe dah bosan dgn hidup sebagai artis popular n rimas kena buru paparazzi. Wallahualam. Hanya diorg je yg tahu kebenarannya.
Quote makton 29-8-2017 07:44 AM
AnggunSophea replied at 29-8-2017 07:26 AM
Since hari majlis pengkebumian MJ lagi dah ada rumours yg mengatakan MJ sebenarnya belum meninggal k ...

kesian retis mcm ni. nak hidup mcm manusia lain pun tak boleh. terpaksa tipu kematian.
Quote AnggunSophea 29-8-2017 07:52 AM
makton replied at 28-8-2017 11:44 PM
kesian retis mcm ni. nak hidup mcm manusia lain pun tak boleh. terpaksa tipu kematian.

Kan Makton. Paparazzi ni memang dahsyat. Sekecik2 benda privacy pun diorang boleh tahu. Logik lah kalau diorg terpaksa palsukan kematian. Nak jugak hidup normal mcm org lain. Saving plus harta banyak, tp hidup tak tenang kena perhati selalu.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.056339 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top