CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kecoh! Buaya Gergasi Ditemui Merayau Di Tengah Bandar Limbang

4-9-2017 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7683| Komen: 37


sumber : Sin Chew Daily


sumber : http://sarawakvoice.com

Seekor buaya seberat satu tan serta sepanjang lima meter ditemui berkeliaran di tengah bandar Limbang, Miri awal pagi kelmarin menggemparkan penduduk sekitar. 

Kehadiran reptilia tersebut mula tular dalam media sosial kerana kejadian pelik seekor buaya ditemui di tengah bandar tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Limbang Edmund D. Mahai Amboh berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam sekitar 7.36 pagi ini melaporkan mengenai kemunculan reptilia tersebut.


Seramai 8 anggota bomba ditugaskan untuk menangkap buaya tersebut yang dilaporkan muncul berhampiran pusat komersial West Lake, berdekatan kawasan perumahan Limbang pada 8.15 pagi.

sumber : http://sarawakvoice.com
sumber : http://sarawakvoice.com

Difahamkan, operasi penangkapan buaya yang mengambil masa setengah jam itu berjaya dilaksanakan setelah anggota bomba bekerja keras dengan menggunakan beg palstik sampah yang berwarna hitam dan kotak untuk menutup mata haiwan reptilia itu yang cuba berlawan.

“Setelah menutup matanya, barulah dapat mengawalnya yang kuat tenaganya dan kemudian segera mengikat kesemua kakinya."

"Ia akan diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak untuk tindakan susulan.” 

Untuk rekod, bandar Limbang terletak lebih 250km dari bandar raya Miri dan dipisahkan oleh sempadan Brunei.- CARI




16

Bagus
11

Marah
7

Terkejut
4

Sedih
11

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batman_2007 4-9-2017 01:53 PM
Lake placid betul sampai atas darat..
Quote manjalara_01 4-9-2017 02:28 PM
batman_2007 replied at 4-9-2017 01:53 PM
Lake placid betul sampai atas darat..

best ke movie ni? x sure dah tgk ke blum..

kesian pulak tgk buaya tu kena ikat style polis tangkap penjenayah ..tp rsnye mmg gituw caranye kot..pernah tgk dlm crocodile hunter..dulu
Quote AJ88 4-9-2017 02:31 PM
Mak uih. Sbb banjir le ni smpai jd buaya darat.
Quote cikmanggabatu 4-9-2017 03:09 PM
bujang senang dengan senangnya berkeliaran di jalan bandar.
Quote Beginilah 4-9-2017 03:13 PM
Aduh kesian tengok boye tu. Boye darat jadinya
Quote Decaffeinated 4-9-2017 03:20 PM
Abang2 Bomba ni ada latihan menagkap buaya ka?....

risau la pulak bila semua benda2 pelik serah kat Bomba.

Aku tengok video kat you tube macam buaya tu sendiri yang membelit muncung beliau dengan bergolek2 jadi senanglah kerja abang2 Bomba.... don't want to imagine otherwise....

Quote batman_2007 4-9-2017 03:33 PM
manjalara_01 replied at 4-9-2017 02:28 PM
best ke movie ni? x sure dah tgk ke blum..

kesian pulak tgk buaya tu kena ikat style polis tang ...

Yg first lake placid tu best la kot sb mcm wow besar gila boya. Hehehe. Siap kejar org atas darat lagi.. haha. Yg second instalmnt mcm kureng dah

Dah lama cerita ni mesti ada tertgk punya..
Quote dubuk 4-9-2017 04:12 PM
manjalara_01 replied at 4-9-2017 02:28 PM
best ke movie ni? x sure dah tgk ke blum..

kesian pulak tgk buaya tu kena ikat style polis tang ...

tak payah tengok.. kartun sangat

Quote ShiningStars 4-9-2017 05:15 PM
Yg ni baru betul buaya darat {:laugh
Quote manjalara_01 4-9-2017 05:52 PM
batman_2007 replied at 4-9-2017 03:33 PM
Yg first lake placid tu best la kot sb mcm wow besar gila boya. Hehehe. Siap kejar org atas darat  ...

Haa..baru check tadi..betul la tu...i tgk trailer je...yg 1st mcm dah tgk...nak tgk lagi  la..
yg lain2..mcm katun je..syg...
Quote FanTasyCreaTioN 4-9-2017 06:22 PM
BUAYA YANG SESAT DI LIMBANG DILEPASKAN KE LOGPOND

3 Sept - LIMBANG : Setelah berbincang dgn pihak SFC, Buaya sepanjang 16 kaki tersebut telah dilepaskan di lokasi log pond jln kubong, sungai pandaruan Limbang pukul 1.10 petang tadi.

Mengetuai kerja-kerja melepaskan buaya tersebut adalah ketua Balai Limbang, PKPgB Tawang Lingem.

[fbp]https://www.facebook.com/RTM.Sarawak/videos/1486457454752984/[/fbp]
Quote spankee_fili 4-9-2017 06:23 PM
1 tan?? Berat gilaaa kot!
Quote pearl.silver 4-9-2017 06:40 PM
Tempat lain rusa masuk kampung
Di situ buaya masuk bandar
Sian dia mesti ketakutan xtau nk pi mana
Quote skinskin 4-9-2017 07:10 PM
lapa kot boya nih.. tu smpi banda tuh
Quote moonbug 4-9-2017 07:54 PM
Kesian dia sesat
Quote moonbug 4-9-2017 08:58 PM
FanTasyCreaTioN replied at 4-9-2017 06:22 PM
BUAYA YANG SESAT DI LIMBANG DILEPASKAN KE LOGPOND

3 Sept - LIMBANG : Setelah berbincang dgn pihak ...

Gigih i tgk 5 minit nak tgk mcm mana diorang lepaskan buaya tu ke dlm pond tp sampai ke sudah diorang cuma ikat2 tali ja hahaha kecewa
Quote RatuDunia94 4-9-2017 09:16 PM
manjalara_01 replied at 4-9-2017 02:28 PM
best ke movie ni? x sure dah tgk ke blum..

kesian pulak tgk buaya tu kena ikat style polis tang ...

Lake Placid 1 iols tgok masa darjah 5.. Takut jugak la tgok buaya besor mcm tu..
Pastu tunggu jugak Lake Placid 2, hampeh gile mcm budak sekolah yg buat movie.. Laughing stock sgt..
Quote yayah8989 4-9-2017 11:06 PM
kesian boye.. umah kene ceroboh ke. nasib bek abam bomba ada menyelamatkan dunia
Quote mbhcsf 4-9-2017 11:09 PM
adehh....sesekali  went shopping  awatnyer kan ...tukar selera dari bersantai dalam hutan di muara sungai ,  gilah bandar kejap ...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.062459 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top