Siapa tak kenal dengan Sharnaaz Ahmad, selain selalu dihentam kerana mulutnya suka cakap lepas, dia juga sangat berbakat dalam bidang lakonan.
Tapi kebelakangan ini, dia dikatakan sudah kurang menerima tawaran berlakon dan bintangnya sudah semakin malap. Kali terakhir menjalani penggambaran adalah pada tahun lepas melalui drama Awak Sangat Nakal bergandingan dengan Ayda Jebat. "Saya pelik tiada tawaran lakonan buat saya. Kalau ada pun, drama episod yang panjang. Saya terpaksa tolak kerana tidak mampu memberi komitmen berbulan-bulan. "Bukan apa, bakat baharu, tidak kisahlah, sekurang-kurangnya mereka boleh mendapat pendapatan tetap," katanya kepada BH Online.
Dia juga pernah terfikir untuk menerbitkan drama sendiri namun terpaksa melupakan hasratnya disebabkan mainan politik dalam industri hiburan. "Memang perkara ini (dakwaan 'politik' dalam industri seni) tampak kecil kerana mana-mana industri pun ada masalah ini. Mengapa tidak, asyik produksi sama saja yang mendapat projek. "Jadi saya berfikir dua kali untuk menerbitkan drama. Namun, itulah, saya tidak boleh menyalahkan mereka kerana itu rezeki mereka," tambahnya. Walau bagaimanapun, Sharnaaz kini sedang meneroka bidang perniagaan dan terbabit dalam kegiatan pembinaan, pembersihan dan perdagangan. "Saya tidak boleh mengharapkan pendapatan daripada lakonan kerana perlu memikirkan masa depan keluarga." Rezeki ada di mana-mana, yang penting kena ada usaha. Semoga Sharnaaz sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. -CARI
|
21
Bagus |
20
Marah |
10
Terkejut |
24
Sedih |
26
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT