Nak cari menu yang ringkas, boleh dijamah bersama nasi panas-panas..apa agaknya ya? Apa kata anda mencuba resipi sambal totok. Apa dia? Mungkin ada yang tak pernah dengar. Ada juga yang memanggilnya sambal bilis ketuk.
Bahannya pun sangat ringkas. Wajib cuba ni kalau nak buat pengikat perut suami. Jom cuba! Bahan-bahan: Bawang merah 5 ulas Bawang putih 3 ulas Bawang besar 1 biji (potong kasar) Cili padi 10 biji Belacan (sebesar ibu jari tangan) Ikan bilis (segenggam) Gula (satu sudu makan/ kurangkan kalau tak suka manis)
Cara-caranya: 1. Mula-mula panaskan minyak, goreng kesemua bawang dan cili padi, biar sampai agak kekuningan, kemudian angkat dan toskan. 2. Kemudian goreng pula belacan sehingga agak garing (jangan sampai hancur). Angkat dan toskan. 3. Goreng juga ikan bilis sehingga jadi garing, angkat dan toskan juga. 4. Tumbuk bawang, cili padi dan belacan sehingga jadi lumat. Kemudian masukkan gula dan tumbuk juga hingga lumat. 5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan tumbuknya biar sampai ikan bilis itu hancur. - CARI Kredit resipi: Viral Media Johor |
11
Bagus |
9
Marah |
17
Terkejut |
6
Sedih |
9
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
qis_88 replied at 6-9-2017 02:43 PM
Sodap nih.. x sedar da 3pinggan nasik tambah..
mysara replied at 8-9-2017 10:58 AM
BAHAYA ni.. x usah makan sambal sedap ni kalo diet
ADVERTISEMENT