Baru-baru ini, China Press yang memetik agensi berita China Xinhua melaporkan bekas timbalan pengurus besar Dongfeng Honda Engine Co, Li Chunrong yang menyertai Geely pada 22 Ogos lalu bakal dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Proton. Apabila ditanya berkenaan khabar angin itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani memaklumkan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam setiap keputusan Proton. "Saya perlu periksa dulu, tetapi ini syarikat persendirian dan tiada kaitan lagi dengan kerajaan." "Terpulang kepada rakan niaga mereka untuk melantik sesiapa sahaja sebagai CEO." Bagaimanapun, beliau menyifatkan usahasama dengan Geely adalah positif memandangkan syarikat itu berjaya memulihkan Volvo.
Dalam pada itu, Geely Proton tidak mengesahkan tentang khabar angin itu. Pada Mei lalu, DRB-Hicom memeterai perjanjian dengan menjual 49.9 peratus sahamnya kepada Zhejiang Geely Holdings Group Ltd yang berpangkalan di China.- CARI |
10
Bagus |
13
Marah |
20
Terkejut |
12
Sedih |
6
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT