Siapa sangka dari minat dengan beg tangan mewah, kini justawan kosmetik Datuk Seri Vida bakal tampil dengan jenama terkemuka, Louis Vuitton (LV) untuk menghasilkan beg tangan jenama sendiri, iaitu DSV-LV!
Bercakap tentang hal tersebut, Datuk Vida berkata rekaan mengikut tempahan itu akan tersedia untuk pasaran Asia Tenggara pada tahun hadapan. “Setengah-setengah pihak menuduh saya menunjuk-nunjuk kekayaan saya, namun sebenarnya, ia adalah bentuk promosi, iklan awal mengenai apa yang akan ada selepas ini. “Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya. “Jadi, setakat ini, ia akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan LV,” ujarnya, memetik Projek MMO. Antara keistimewaan beg tangan itu nanti ialah ia dijual mengikut tempahan dan juga edisi terhad yang mempunyai nilai jualan semula lebih tinggi.
“Saya akan membuat rekaan yang cantik, jarang (ada di pasaran) dan unik, khusus untuk peminat saya di Asia Tenggara. “Beg itu mesti ada ‘bling’ dan bersilang,” katanya lagi. Untuk rekod, Vida sebelum ini diketahui memang hantu beg tangan dan dia dikatakan mempunyai lebih 100 beg tangan LV tempahan khusus! - CARI
|
Tweety_Senrose replied at 9-9-2017 01:19 PM
DSV-LV = Dato Seri Vida Living laVida
LadyDiddy replied at 9-9-2017 02:04 PM
Collaborating dgn LV ke maknanya tu? Kalau betul memang wow la..bukan senang kan LV nak bercollabora ...
kukukatablog replied at 9-9-2017 02:07 PM
itu lah kalo collaborating mmg hebat la DSV,
sbb mendunia brand tuh...
ADVERTISEMENT