|
"Ya, saya mungkin akan bawa perkara ini kepada beliau (Trump)." Itulah yang dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bila ditanya jika beliau akan memaklumkan Trump isu berhubung Rohingya.
Awani melaporkan Perdana Menteri bakal bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat itu yang dijadualkan pada minggu hadapan. Datuk Seri Najib pada masa sama mengulangi pendirian kerajaan bahawa hak etnik Rohingya perlu diperjuangkan dan kerajaan terus komited dalam hal tersebut. "Ini merupakan antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada hari ini," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut pada petang Jumaat. Datuk Seri Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Washington atas jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 12 September depan. - CARI
|
|
6
![]() Bagus |
12
![]() Marah |
9
![]() Terkejut |
20
![]() Sedih |
15
![]() Lawak |
14
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.047267 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.