CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Khianat, Lima Kereta Mewah Habis Disimbah Asid

10-9-2017 09:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3590| Komen: 10

Mengejutkan apabila lima kereta mewah yang diparkir di sebuah pusat beli belah di Alos Setar habis disimbah asid.

Utusan Malaysia melaporkan kereta jenis BMW, Honda Accord, Toyota Vellfire dan Mercedez itu dirosakkan dari 6 hingga 7 September lalu akibat perbuatan khianat.


Pihak polis hanya menerima satu laporan daripada seorang wanita berusia 42 tahun awal pagi tadi, menurut Superintendan Yazri Ismail, Timbalan Ketua Polis daerah Kota Setar.

“Dalam laporannya, dia menyebut bahawa dia meletakkan kereta di tempat letak kereta pusat berkenaan dan ketika dia kembali ke kereta kira-kira pukul 10 malam, dia mendapati bahawa keretanya disimbah oleh asid," kata Yazri Ismail.

Oleh itu, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli belah itu untuk menjalankan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan. - CARI 


Foto: Projek MMO
8

Bagus
16

Marah
6

Terkejut
7

Sedih
4

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 10-9-2017 10:22 PM
Dasar banjingan rempit tak mampu pakai kereta memahal, disimbahnya acid. Lepas ni nmpk motor parking, aku tolak satu yg parking hujung. Biar semua jatuh berderet2 {:run
Quote LostStar 10-9-2017 10:40 PM
Eiii sakit mental agaknya
Quote cik_noreen 10-9-2017 10:47 PM
apa salah kreta2 tu?
Quote harrypoter 11-9-2017 09:16 AM
Carcosa replied at 10-9-2017 10:22 PM
Dasar banjingan rempit tak mampu pakai kereta memahal, disimbahnya acid. Lepas ni nmpk motor parking ...

mana ko tau budak moto punya keje
Quote Gadis_sarawak 11-9-2017 09:18 AM
Ke air menitik atas kereta tu..Kereta aku pernah jadi jugak ade air menitik dari atas siling parking tak tau air ape..sekali tengok habis cat  kereta aku jadi cam lam gambar tu..pegi hantar car wash polish wax smua tak jalan..cat baru jawabnye..
Quote Simunggu 11-9-2017 09:29 AM
manusia mental penyokong pakatan...inilah spesis yg selalu tak puas hati dgn apa yg kerajaan buat...
Quote FOTHER-MUCKER 11-9-2017 09:35 AM
Gadis_sarawak replied at 11-9-2017 01:18 AM
Ke air menitik atas kereta tu..Kereta aku pernah jadi jugak ade air menitik dari atas siling parking ...

Yang tu kena limescale ataupun hard water dari lantai atas yang bocor, mungkin di bahagian atas parkinh tu toilet.

Sebenarnya tak perlu hantar polish ataupun cat..cuma beli limescale remover aja di diy ataupun di supermarket.
Quote Gadis_sarawak 11-9-2017 09:37 AM
FOTHER-MUCKER replied at 11-9-2017 09:35 AM
Yang tu kena limescale ataupun hard water dari lantai atas yang bocor, mungkin di bahagian atas pa ...

Baru tau ni..terima kasih atas perkongsian..Agaknye kereta mewah yang kena tu pun macam tu la kot kan...
Quote batman_2007 11-9-2017 09:57 AM
Jahat jahat jahat
Quote mdhelmi 11-9-2017 12:57 PM
konflik MLM upline dan downline?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.089369 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top