|
Pencapaian cemerlang atlet negara dalam usaha memenangi pingat emas untuk kontinjen kebangsaan ketika temasya Sukan SEA KL2017 yang lalu wajar diberi pujian. Sebagai penghargaan, setiap atlet dihadiahkan wang tunai oleh kerajaan negeri masing-masing sebagai tanda menghargai usaha gigih yang ditunjukkan oleh mereka demi kejayaan negara. Memetik laporan Berita Harian, antara atlet yang menerima hadiah tersebut adalah pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan yang menerima wang tunai bernilai RM8,000 pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh. Manakala Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan insentif kepada atlet negara, Farah Ann Abdul Hadi dan Muhammad Ziyad Zolkefli pada Majlis Penyerahan Insentif Kepada Atlet dan Jurulatih Negeri Selangor yang Mewakili Negara di Kejohanan Sukan SEA KL2017 di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.
Tahniah dan syabas buat semua atlet negara, semoga pencapaian yang lebih besar bakal dikecapi di temasya yang selanjutnya seperti Sukan Olimpik, Sukan Asia dan sebagainya.- CARI
|
|
15
![]() Bagus |
7
![]() Marah |
7
![]() Terkejut |
14
![]() Sedih |
14
![]() Lawak |
22
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.271731 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.