CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi Pusat Tahfiz : Kebakaran Mungkin Disebabkan Perbuatan Khianat- Bomba

15-9-2017 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3200| Komen: 0


sumber : FMT


Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur pagi kelmarin bukan berpunca daripada litar pintas tetapi mungkin disebabkan perbuatan khianat.

Memetik laporan Bernama, Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

"Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak."

Menurut pengarah bomba itu, hasil pemeriksaan secara teliti dan dengan menggunakan anjing pengesan, kebakaran didapati bermula di luar bilik asrama di tingkat 2.


“Anjing turut terhidu kesan kimia sekitar kawasan itu, jadi kita bawa ke makmal,” katanya.

Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap, jelas Khirudin.

"Ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak.” 

“Tong gas itu sepatutnya berada di dapur di aras bawah.”

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

"Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap,” katanya.

Tambah Khirudin, biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar.

“kita akan serahkan kepada polis untuk siasatan. Bila berlaku perbuatan khianat, kita anggap jenayah dan jenayah di bawah bidang kuasa polis."

“Kita nak cepat sebab kes ini sudah menjadi perhatian negara, dan semua orang mahu tahu punca kebakaran,” katanya.- CARI
11

Bagus
11

Marah
12

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.035671 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top