Berikutan hujan lebat berterusan hampir 10 jam yang terjadi sejak tengah malam tadi hingga pagi hari ini, beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang mengalami banjir besar yang teruk terutama di sekitar Sungai Pinang dan Sungai Air Itam. Memetik laporan The Malay Mail Online, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, paras air untuk kedua-dua sungai itu mencatat rekod tertinggi masing-masing 3.2 meter dan 7.3 meter pada pukul 9 pagi tadi. Manakala kuantiti curahan hujan yang dicatatkan ialah 198mm di stesen Sungai Pinang dan 120.5mm di stesen Air Itam. Antara kawasan terjejas akibat banjir besar ialah sekitar George Town, Jalan P. Ramlee, Jalan Perak, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Paya Terubong.
Turut dinaiki air ialah di Kampung Masjid, Kampung Makam, Kampung Mutiara, Batu Feringghi, Masjid Negeri, Ayer Itam dan Kampung Masjid Hashim Yahya. Kesesakan lalu lintas turut dilaporkan berlaku berikutan beberapa kawasan ditenggelami air dan pokok tumbang. Dilaporkan banjir besar juga berlaku di beberapa kawasan di Seberang Perai. Antara kawasan terlibat ialah di Mak Mandin, Butterworth, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. Orang ramai diminta berhati-hati semasa berada di luar rumah dan merancang perjalanan anda. Keselamatan anda dan keluarga perlu diutamakan. Sebarang aduan mengenai banjir, tanah runtuh, pokok tumbang dan lain-lain, sila hubungi Hotline MBPP ditalian 04-263 7000 / 04-263 7637. Berikut adalah senarai kawasan yang dilanda banjir yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang telah dikemas kini setakat jam 9 pagi tadi : 1. Kampung Masjid 2. Kampung Makam 3. Jln P. Ramlee, Sungai Pinang 4. Kampung Mutiara, Batu Feringghi 5. Jalan Langkawi 6. Jalan Kebun Lama 7. Masjid Negeri, Ayer Item 8. Kampung Masjid Hashim Yahya 9. Parit Lumba Kuda 10. Jln Thean Teik, Farlim 11. Logan Rd 12. Bayan Baru 13. P.Ramlee Rd 14. Jln Residensi 15. Han Chiang 16. PISA 17. Giant Bayan Baru 18. Jln Luar Elit Avenue Heights 19. Lentang Pondok Upeh, Balik P 20. Jln Bukit Lama 21. Bukit Baru Batu 22. All Season, Farlim 23. Reservoir Garden 24. Depan SMK Raja Tun Uda 25. Sg Ara depan Stesen Petronas 26. Jln Dato Kramat (Sekolah Convent) 27. Jln Paya Terubong (berdekatan Suria Vista) 28. Lebuh Rambai 29. Jln Magazine 30. Jln Tun Dr Awang - CARI
|
17
Bagus |
27
Marah |
21
Terkejut |
29
Sedih |
23
Lawak |
17
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Mleeen82 replied at 15-9-2017 01:33 PM
Penang Berpulau Teh Tarik....
Megikari replied at 15-9-2017 01:50 PM
I also pikir yg sama... Nampak sedap pulak teh tarik tu ehehe
ADVERTISEMENT