Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencipta sejarah apabila buat pertama kali mengangkat tokoh wanita bagi menerajui persatuan itu. Tahniah buat usahawan tempatan Bibi Ramjani Ilias Khan kerana terpilih menjadi presiden baru Kafa selepas menewaskan pencabarnya yang juga bekas naib presiden Datuk Mohamad Nasir Hamzah dalam undian ketika Kongres Agung Tahunan ke-63 di Kota Bharu kelmarin. Memetik laporan Bernama, kemenangan beliau diperoleh selepas undian dilakukan untuk kali kedua dengan undian 32-16. Keputusan pengundian kali kedua membabitkan 52 wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) muktamad memilih Bibi Ramjani sebagai Presiden KAFA.
Difahamkan undian pertama dibantah Mohamad Nasir selepas Bibi Ramjani gagal mendapat undi majoriti dengan 32 undi berbalas 19. Mengulas kemenangannya, Bibi Ramjani berkata beliau sama sekali tidak menjangka undian akan berpihak kepadanya. "Syukur ke hadrat ilahi atas kemenangan dan terima kasih kepada wakil Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) yang memberikan mandat ini kepada saya." Jawatan timbalan presiden dimenangi Datuk Seri Afandi Hamzah yang menewaskan Datuk Rosmadi Ismail dengan 29-22 undi. Jawatan naib presiden pula dimenangi Datuk Aizuddin Mohd Ghazali, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim dan Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir.- CARI
|
18
Bagus |
29
Marah |
20
Terkejut |
16
Sedih |
10
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ChildrenOfBodom replied at 18-9-2017 11:29 AM
cunnn
ChildrenOfBodom replied at 18-9-2017 11:29 AM
cunnn
chazey replied at 18-9-2017 11:31 AM
Tak adil bandingkan DNA kacuk ngan DNA asli.
ADVERTISEMENT