Donat Coklat Leleh Lava? Wah, dengar nama sahaja pun sudah dapat bayangkan kelazatannya! Hm, lagi sedap kalau nutella menjadi intinya. Sekali 'ngap' pasti tak cukup!
Nak resipi buat sendiri donat coklat leleh ini? Jom tengok! Bahan-bahan: 4 cawan tepung gandum 3 sudu besar merjerin 2 sudu besar susu pekat 1 sudu besar gula 1/2 cawan air suam
1/2 cawan air 1 paket yis mauripan Sedikit garam Coklat bar Cara membuatnya: 1) Larutkan gula dan yis dalam setengah cawan air suam sehingga sebati. Biarkan yis mengembang dalam 20 minit. 2) Ramas tepung gandum dengan marjerin, susu dan garam sampai sebati. 3) Bila yis dah mengembang, masukkan ke dalam tepung diselang-seli dengan setengah cawan air sehingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan. 4) Rehatkan doh dalam 30 minit, tutup doh dengan kain basah. 5) Selepas 30 minit dan doh sudah naik, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. 6) Canaikan doh (jangan tebal sangat atau terlalu nipis). Kemudian, masukkan satu kiub coklat ke dalam donat. 7) Rehatkan donat selama 30 minit supaya ia mengembang dengan cantik sebelum digoreng. Tak sabar nak cuba resipi ini! Selamat mencuba semua. - CARI Sumber resipi: Resepi Memikat Suami
|
20
Bagus |
4
Marah |
11
Terkejut |
6
Sedih |
5
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT