Wow, bagi mereka yang mengatakan Datuk Red tidak menyokong Adira dalam program AF Megastar, ternyata telahan itu tidak benar. Katanya jangan sesekali menganggap dia tidak mengundi, malah seluruh pekerjanya juga turut mengundi Adira. Wah memang penyokong setia ni..
"Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi," katanya kepada Mstar. Namun begitu, Datuk Red berkata dia seperti sudah menjangkakan Adira bakal terkeluar pada minggu ini kerana katanya pihak produksi berkali-kali mengingatkan agar Adira membawa bayinya ke pentas. Sedangkan kehadiran anak kecil atau bayi tidak dibenarkan ketika sesi latihan mahupun masa pertandingan. Kan pelik tu! "Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak," ujarnya.
Dalam pada itu, Datuk Red atau Adnan berkata dia sememangnya tidak bersetuju dan menggalakkan isterinya memasuki pertandingan itu. "Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil. "Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini," katanya lagi yang mengakui kurang berminat menemani isteri untuk program berbentuk hiburan. - CARI |
3
Bagus |
3
Marah |
2
Terkejut |
9
Sedih |
12
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
"Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini," ujarnya.
Sementara itu, ditanya mengapa dia tidak kelihatan pada program berkenaan, Adnan berkata, dia kurang berminat untuk menemani isterinya ke program-program berbentuk hiburan.
chinta89 replied at 20-9-2017 10:58 AM
skg ko ckp buang masa, padahal kalau bini ko alih2 berjaya, ak rasa dia up diri konon dia yg geg ...
ADVERTISEMENT