Seorang lelaki di Britain ditemui maut di dalam sebuah rumah dan menurut pihak polis, mangsa disyaki dibelit ular sawa peliharaannya. Memetik laporan The Sun UK, Dan Brandon yang berumur 31 tahun didapati mati di dalam biliknya pada 25 Ogos dan difahamkan di dalam biliknya terdapat beberapa ekor ular yang dipeliharanya. Antaranya adalah seekor ular sawa sepanjang 25 kaki. Ular tersebut didapati tidak berada di dalam kurungan, sebaliknya berada di sebelah mayat Brandon. Menurut pihak polis, badan Brandon mengalami kecederaan yang teruk. Pihak berkuasa akan membuat siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian. Kawan Brandon pula yakin kematiannya tiada kaitan dengan ular sawa itu, dan berharap pihak berkuasa mencuba sedaya upaya membuat siasatan terhadap kes tersebut. Menurut laporan juga, Brandon adalah seorang pencinta dan pemelihara ular yang berpengalaman. Terdapat banyak gambarnya yang diambil bersama ular tersebar luas di media sosial.- CARI |
3
Bagus |
12
Marah |
4
Terkejut |
13
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT