Satu pasukan khas akan ditubuhkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi menyiasat dakwaan penipuan dalam pembinaan rumah mampu milik. Memetik laporan Bernama, menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan tidak mahu mana-mana pihak mengambil kesempatan yang akhirnya merugikan rakyat. Jelas beliau, penubuhan pasukan khas di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta beberapa jabatan lain berkaitan. Noh berkata, pasukan khas berkenaan akan bertindak mengikut dua aspek iaitu jenayah dan juga saman sivil.
Sehubungan itu, beliau meminta pihak yang mendakwa ditipu termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib individu-individu terbabit tampil memberi maklumat. “Saya harap mereka dapat tampil ke hadapan untuk memberi maklumat kepada task force ini, dan bukan sahaja beri nama tetapi juga nama dan (surat) perjanjian yang telah dibuat." “Bila dah dapat maklumat lengkap ini, saya yakin barulah task force ini dapat mengambil tindakan,” katanya.- CARI
|
8
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
19
Sedih |
10
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sofiazara replied at 25-9-2017 04:50 PM
oo siasat kat task force dulu baru boleh repot polis ke camana
nanti bila dah repot polis, polis ...
tagas replied at 26-9-2017 10:31 AM
Siasat ko skali la sbb ko yg berkomplot skali jadik tukang rasmi program raya depa bagai
bleh gi ...
lolita737 replied at 26-9-2017 11:22 AM
sebelum dia gi rasmi tu dia xsiasat dulu ke latar belakang company tu?
kesian tgk pakcik makcik ...
tagas replied at 26-9-2017 11:40 AM
Tu persoalan nye?
nampak sgt mentrik yg dilantik rakyat pon bebal kaki klentong rakyat
cik_noreen replied at 26-9-2017 11:17 AM
iols folo kes ni kat pw community fb.
anak2 beliau bekuntum kat sana gak. admin boh layan n kasi ...
palmolive replied at 25-9-2017 06:50 PM
amik masa setahun nak sedar mender tu...
cik_noreen replied at 26-9-2017 12:03 PM
kn.. after 1 year, baru buat2 "terkejut" (statement awal beliau)
ADVERTISEMENT