CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Penulis Novel Thriller, Ramli Awang Murshid Tak Kisah Digelar Mr. Mama

27-9-2017 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6418| Komen: 32|Original author: Oleh: Adib Za

Bukan semua lelaki sanggup menjadi Mr Mama, duduk di rumah dan menguruskan semua hal seperti seorang suri rumah yang biasa dilakukan wanita. 

Namun berbeza dengan novelis thriller, Ramlee Awang Murshid, beliau sememang tidak kisah digelar sebagai Mr. Mama dan membantu isteri menguruskan rumah tangga. 

"Rutin saya berubah sepenuhnya apabila berhenti kerja pada 2012, selepas mengejutkan anak dan isteri bangun subuh, saya akan buat sarapan dan hantar anak ke sekolah.

"Kemudian saya akan melakukan kerja rumah, setelah selesai barulah saya akan mula bekerja seperti menulis novel dan sebagainya.


"Saya tidak kisah apa pandangan orang ramai terhadap Mr. Mama ni, malah di kawasan kejiranan saya pun, jiran-jiran tidak tahu saya kini menjadi novelis sepenuh masa," katanya memetik Sinar Harian. 


Terdapat DUA SEBAB utama mengapa novelis ini sanggup bergelar seorang Mr Mama:

1. "Sebab utama kerana saya sudah penat bekerja, hampir 19 tahun saya kerja di bawah orang timbul juga keinginan untuk bekerja sendiri.

2. "Selain itu, saya tak mahu curi-curi masa bekerja untuk menulis, rasa berdosa dan tidak berkat bila gunakan waktu bekerja itu untuk perkara lain, bila umur dah meningkat ini memang banyak benda saya fikir."

Antara perkara yang dilakukan sudah tentu memasak hidangan keluarga. Memang pada awalnya dia berasa kekok namun berkat isteri mengajar, semuanya semakin lancar. 


"Isteri ajar saya memasak, mula-mula tu kekok juga sebab tak pandai lagi. 

"Tapi sekarang bolehlah nak buat ikan goreng atau tumis sayur, dah terer sikit."

Katanya lagi, peranan sebagai Mr Mama membuatkan dia semakin menghargai isterinya.

"Sebenarnya ia satu pengalaman yang semua lelaki harus tahu. Kalau Rasulullah turut membantu isterinya, kenapa saya tidak boleh," ujarnya lagi. - CARI 
13

Bagus
7

Marah
10

Terkejut
7

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (62 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote merrissa 27-9-2017 01:38 PM
adeh dah lama x baca novel dia....sebab kekadang baca mcm tiru cter supernatural

tapi aku still peminat novel2 dia yg lama duluu...
Quote imransulaiman 27-9-2017 02:33 PM
Ada masa-masanya saya jadi Mr. Mama juga. Memang seronok.. Hehe!
Quote Andyscenes 27-9-2017 03:20 PM
Aku suka novel dia sang ratu. Main minda sikit nak faham
Quote aidia 27-9-2017 03:44 PM
Saya peminat karya2 beliau dulu hingga kini {:good{:good
Quote idakamaruddin 27-9-2017 04:09 PM
aku tak kisah pn org mcm RAM ni nk berhenti keje apa ke sbb novel dia best GILAAA ok

nk cari ilham menulis tu bukan senang

n aku kagum penulisan dia byk refer dr sumber2 yg betul..ada research jugak

Quote JDT 27-9-2017 04:14 PM
Satu2 penulis tempatan yang saya secara sukarela beli karyanya...sebab jalan cerita yang menarik.
Quote Artemesiaa 27-9-2017 04:47 PM
Ada je jumpa jenis macam ni bukan mereka ni hanya duduk rumah tak buat apa ada je pekerjaan yang mereka boleh buat dari rumah.  Bezanya tak perlu pergi pejabat je macam orang lain.  Jadi bukanlah hanya menguruskan keluarge ja.
Quote felinecat 27-9-2017 08:34 PM
wow, ini baru le lelaki maskulin terakhir..walaupon berhenti kerja, bekerja sendiri dari rumah, tp still tolong buat kerja rumah...salute!!
Quote nurul_akmar 27-9-2017 09:56 PM
dia duduk2 umah, tp royalti tetap dapat..  kawan aku peminat hbs cter dia.. ngan aku2 pon terikut.. tp xleh brain sgt citer2 dia.. tmbh2 kalau dia punya story guna kesultanan2 melayu.. lg aku pening..
Quote alieyrina 28-9-2017 12:20 AM
Novel dia jenuh nak hadam..mcm2 fakta dia bagi..pelan2 aku cuba baca..nasib kwn aku pemenat dia..so aku pinjam dr kawan je laa..

Ohh kalau dibagi pilihan, aku pun nk mcm dia lahh..sah2 x tensen deadline bagai kt opis..kena bambu org atasan..menjawab itu ini..

duk umah sambil keja..bahagia lak aku rasa..silap2 lg masyuk pd makan gaji..lg pulak dah memg buku digilai ramai..aku baru nk jinak baca novel dia..xdak masa sgt nk layan..
Quote Orix 28-9-2017 12:48 AM
Citer heols fantasi sgat... iols lak jenis suka baca cite realiti n tak brp minat fiksyen sains
Quote armin 28-9-2017 12:53 AM
Dia ni dapat idea senang ke? Mostly novel dia macam bukan main tulis je, satu novel tu penuh research dia buat sebab tu berisi novel dia. Bukan berangan2 terus dapat ilham. Sbb tu novel heols best gila
Quote mommymonster82 28-9-2017 08:43 AM
Teringin nk jd penulis..tp me sgt lemah penulisan..
Quote azimodin 28-9-2017 09:25 AM
Aku jenis yang x berapa minat novel fantasy tapi novel RAM mmg padat. nampak la yang dia buat research bila menulis. Jadi Suami rumah tangga yang ada income bagus & i salute his effort. yang aku menyampah jenis biawak hidup menumpang hasil bini.
Quote syitaeyqa 28-9-2017 10:07 AM
nurul_akmar replied at 27-9-2017 09:56 PM
dia duduk2 umah, tp royalti tetap dapat..  kawan aku peminat hbs cter dia.. ngan aku2 pon terikut..  ...

Cerita dia banyak yg memerlukan pembaca berfikir. tu yang seronok sbnrnya sebab asah otak untuk berfikir banyak. lagi2 bila plot dah mula twist and kita mula sedar twist tu. hehe. so far, I mmg suka novel2 dia. lagi2 siri tombiruo & sunan.
Quote syitaeyqa 28-9-2017 10:09 AM
azimodin replied at 28-9-2017 09:25 AM
Aku jenis yang x berapa minat novel fantasy tapi novel RAM mmg padat. nampak la yang dia buat resear ...

yup. Nampak dia mmg buat research & kebanyakannya dia guna latar tempat yg sebenar, jadi tak susah nak imagine.

dalam novel yg bertemakan sejarah silam, tu paling I suka sbb rasa best dapat bayangkan kehidupan dulu2. Tak ramai penulis nak tulis cerita mcm ni, tapi RAM dapat garap dgn sangat elok. Novel Sunan tu, kalau baca, boleh perasan latar tempat yang dia guan sebenarnya wujud, cuma menggunakan nama lama. Dan walaupun dia cuma bagi bayangan je mengenai tempat tu, tapi kita boleh agak kata mana tempat tu berdasarkan klu2 yg dia tulis
Quote rosa_canina 28-9-2017 10:56 AM
ada bli novel baru heols ANDING AYANGAN

novel latest ni a bit susah sikit nk hadam ..
maybe sbb penggunaan bahasa tak familiar sgt
ambik masa skit nk paham..  

tp RAM mmg detail penulisan dia
so, ok je kalo writer sepenuh masa
Quote faraway1 28-9-2017 11:08 AM
bukan mr mama, lebih pada bekerja dari rumah...
Quote VuJiE 28-9-2017 07:42 PM
more novelllllssss... more and moreeee...

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 04:18 PM GMT+8 , Processed in 0.059270 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top