CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tergamam Kena Ragut Ketika Makan Di Restoran, Wanita Rugi Lebih RM100 Ribu

28-9-2017 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8939| Komen: 93


sumber : sedutan rakaman CCTV


Jenayah ragut kini semakin berleluasa, tidak kira di bandar mahupun di kampung.

Agak sukar untuk membanteras jenayah ragut kerana kita tidak dapat menjangka di mana ia akan berlaku.

Memetik Harian Metro, kelmarin tular di laman sosial yang menyaksikan seorang wanita diragut beg tangan ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kembangan, Jumaat lalu.


Loading FB Video...


Berdasarkan rakaman CCTV yang berdurasi 12 saat, kelihatan suspek mendekati meja makan mangsa sebelum merampas beg tangan mangsa yang diletakkan di kerusi bersebelahan dan terus melarikan diri dengan sebuah kereta. 

Menurut mangsa, beg yang diragut mengandungi sejumlah wang tunai bernilai lebih RM100,000 iaitu duit miliknya sendiri serta yang dipinjam dari saudara-mara. 

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, suspek sebelum itu dikesan keluar dari sebuah kenderaan di laluan berhampiran premis itu.

“Suspek melarikan diri menggunakan dua kenderaan. Pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu. "

"Kejadian ragut itu menyebabkan mangsa kerugian wang tunai berjumlah RM117,630."

Sejurus kejadian itu berlaku, mangsa membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan. 

Tambah Ketua Polis Daerah Serdang itu, pihaknya segera menjalankan siasatan sebelum menahan lapan lelaki termasuk dua lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan.

"Hasil soal siasat yang dijalankan, enam lelaki tempatan terbabit dilepaskan dengan jaminan polis."

"Manakala dua lelaki warga Indonesia itu direman hingga 6 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.” - CARI


11

Bagus
25

Marah
12

Terkejut
14

Sedih
17

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tanakkampung1x 28-9-2017 04:02 PM
Duit tunai banyak macam tu pun letak di kerusi sebelah sahaja?
Quote sebu1 28-9-2017 04:02 PM
Pi berambus indon yg jahat2
Quote Star_el 28-9-2017 04:08 PM
Ni mcm dah tau je dlm beg tu ada duit banyak gitu. Mmg nmpk dr bank ke cmne.
Quote tanakkampung1x 28-9-2017 04:11 PM
Star_el replied at 28-9-2017 04:08 PM
Ni mcm dah tau je dlm beg tu ada duit banyak gitu. Mmg nmpk dr bank ke cmne.

Orang cakap MO dia ada geng dia menghendap di bank
Quote akusukaq 28-9-2017 04:13 PM
ya ke 100 k.muat ke letak kat dlm beg tangan besar tu. lagi pun mcm tk masuk akal duit byk tu boleh letak mcm tu je. bodoh ke apa.
Quote paz 28-9-2017 04:15 PM
Macam tak logic jer 100K dalam tu.
Quote kaseh80 28-9-2017 04:15 PM
Nape bawa cash byk sgt

Quote krustykrab 28-9-2017 04:15 PM
wah siap ada kawan dtg ambik pakai kete koooo
Quote manjalara_01 28-9-2017 04:18 PM
jadi kalau kluar mkn2 mcm tu korang simpan handbag kat mana?....
korang duduk atas handbag eh?
Quote manjalara_01 28-9-2017 04:19 PM
kalau laki senang je..hp wallet semua simpan dlm pocket je
tp org prempuan ni susah skit..ade mcm2 khazanah nak kena bwk ke hulur ke hilir
Quote tanakkampung1x 28-9-2017 04:20 PM
manjalara_01 replied at 28-9-2017 04:18 PM
jadi kalau kluar mkn2 mcm tu korang simpan handbag kat mana?....
korang duduk atas handbag eh? :lol ...

Bergantung kepada duit ya

RM100 ke bawah campak bawah meja

RM1000  di lap

RM10000 ke atas, simpan bawah baju
Quote haryatie 28-9-2017 04:20 PM
uitttt...byk nya bwk duit...beraninya
da tu jln sorang2 pulak
Quote gujiwa 28-9-2017 04:20 PM
pegang duit banyak tu... masih bernapsu lagi nak makan..
awat tak balik umah je or pi simpan dulu duit tu baru pi makan..

uols duit rm200 dalam tangan pun risau..
Quote light_yagami 28-9-2017 04:22 PM
gila apa 100K bawak gitu ja. zaman skrang ni bwk 1K pn kena hire security
Quote akusukaq 28-9-2017 04:22 PM
Edited by akusukaq at 28-9-2017 04:26 PM

pernah jiran aku kena ragut beg tangan.kate nya lesap 10 k padahal anak dia cerite kat anak aku 1 k je. ada aku kesah.
Quote tanakkampung1x 28-9-2017 04:24 PM
Saya pernah berbincang  backpackers tegar mat salleh, katanya dia selalu dia asing asingkan duit tunai simpan di tempat berasingan takut kena rompak

Paling pelik dia pernah selit bawah telur

Aku tanya "tak masam ke??"

Dia cakap sekejap je ketika melalui area berisiko
Quote manjalara_01 28-9-2017 04:25 PM
tanakkampung1x replied at 28-9-2017 04:20 PM
Bergantung kepada duit ya

RM100 ke bawah campak bawah meja

tu la kan...rasanye blum ade tektik berkesan nak simpan handbag ni kalau kluar mkn mcm tu...
kalau simpan dlm boot kreta ok kot...bwk purse je...kunci kereta,rumah segala mak neneknye kunci..hp...
tp kalau xde kreta?...bwk gari..garikan handbag kat kaki meja...
Quote tanakkampung1x 28-9-2017 04:27 PM
manjalara_01 replied at 28-9-2017 04:25 PM
tu la kan...rasanye blum ade tektik berkesan nak simpan handbag ni kalau kluar mkn mcm tu...
kala ...

Kalau handbag silang tu selamat sikit.

Pakai je sepanjang masa walaupun ketika makan

Tak kisah nampak mcm makcik makcik penjual gerai
Quote Star_el 28-9-2017 04:28 PM
manjalara_01 replied at 28-9-2017 04:18 PM
jadi kalau kluar mkn2 mcm tu korang simpan handbag kat mana?....
korang duduk atas handbag eh? :lol ...

aku letak kt blkg or atas riba.
Tp beg aku jenis cm lembik je, leh gulung2 lg.
Mmgla xselesa sgt, tp skjp je pun hehe.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.051695 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top