Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan empat sekeluarga maut di Kilometer 52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, lapor Harian Metro.
Tertuduh, Ismail Mohammad Zain, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Gua Musang, semalam, dan pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Rosly Mohamed Nawi. Tertuduh didakwa memandu treler Hino dengan secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian pemandu dan penumpang kereta Proton Wira di Kilometer 52, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, pada 29 September lalu. Mangsa adalah Zainuddin Anuar, 30, isterinya Raizuamira Daud, 31, serta dua anak mereka iaitu Nur Annisa Sofea, 2, dan Zayyan Nazreel, 13 hari.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 November depan untuk sebutan semula kes. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 jika sabit kesalahan. - CARI
|
mysara replied at 2-10-2017 11:23 AM
sama level dgn budak yg bako pusat tahfiz itu hari
ADVERTISEMENT