Dua wanita warga asing yang dituduh membunuh abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.
Tertuduh, Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 28, warga Vietnam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin. Memetik BH Online, Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad berkata, bukti jelas menunjukkan perbuatan tertuduh menyapu cecair beracun VX ke muka mangsa yang menyebabkan kematiannya. "Melalui keterangan langsung, pendakwaan akan membuktikan Siti Aisyah dan Doan Thi Huong
dengan latihan 'prank' yang diselia oleh empat orang yang masih bebas, berniat untuk membunuh Jong-nam," katanya. Pada 1 Mac lalu, Siti Aisyah dan Doan Thi Huong didakwa membunuh Jong-nam di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu, bersama-sama empat individu lain yang masih bebas. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - CARI |
14
Bagus |
6
Marah |
15
Terkejut |
11
Sedih |
7
Lawak |
10
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT