|
Sejak kebelakangan ini nama pelakon Norman Hakim menyerlah dan meniti di bibir para peminat. Ramai yang kagum bagaimana Norman 'handle' dan membentuk keluarganya meskipun tidak lagi bersama bekas isteri, Abby Abadi.
Malah, kedua belah keluarga Norman dan Abby yang sememangnya rapat membuatkan ramai selalu memuji. Namun, berbeza pula bila baru-baru ini Norman memuat naik gambarnya bersama isterinya, Memey dan dua lagi personaliti popular iaitu Erra Fazira serta Farra Fauzana. Gurauannya dengan kapsyen berbunyi, " Madu 3..eh? Salah! Hahaha..." nampaknya sukar diterima bagi sesetengah netizen. Ya, meskipun cuma bergurau namun dianggap tidak kena dengan tempatnya. "Amboi dia..tamak.." "Marah nanti yang tudung hijau tu.." "Nanti termakbul baru tahu.." Apa pun, Norman hanyalah bergurau semata-mata. Janganlah ambil hati ya! - CARI
|


..apptbjlo replied at 3-10-2017 10:58 AM
norman mmg pernah couple sekejap ngan erra dulu rasanya

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 01:18 AM GMT+8 , Processed in 0.343732 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.