Bekas anggota kumpulan GT Boyz, Uchee didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki.
Uchee atau nama sebenarnya Mohd. Yusri Mohamed, 38, memukul mangsa menggunakan topi keledar dua minggu lepas. Menurut laporan Kosmo Online, seorang lagi rakannya iaitu Mohamad Razman Saini Anuar, 24 turut didakwa di atas pertuduhan yang sama. Razman dan bekas anggota kumpulan pop berkenaan mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid. Namun tiada sebarang pengakuan bersalah direkodkan daripada mereka.
Kedua-dua tertuduh didakwa membunuh Lim Kook Boon, 33, dengan menggunakan topi keledar di tempat pembuangan sampah di Flat Kampung Melayu, Air Itam di sini 22 September lalu. Kedua-dua suspek yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca di bawah Seksyen 34 kanun sama dengan membawa hukuman mati mandatori. -CARI |
3
Bagus |
5
Marah |
3
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
2
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sarahmirza replied at 3-10-2017 11:26 AM
GT Boyz tu apa?
Siput_Sawah replied at 3-10-2017 11:29 AM
Gay Top kot.....
Siput_Sawah replied at 3-10-2017 11:29 AM
Gay Top kot.....
sarahmirza replied at 3-10-2017 11:26 AM
GT Boyz tu apa?
sekngucing replied at 3-10-2017 11:48 AM
george town boyz... pernah menang persembahan terbaik di kazakhstan dulu... sekitar 2001 hahahaha
sarahmirza replied at 3-10-2017 11:50 AM
Tak pernah dengar pun...
Kesian dia, tak glamer
sekngucing replied at 3-10-2017 11:52 AM
sezaman dgn new boyz... q face.. boboy hahahah... cuma diorang lebih pd dance.. selalu keluar ikla ...
ADVERTISEMENT