CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Netizen Merungut, Lebuh Raya Malaysia Penuh Papan Iklan Kosmetik

3-10-2017 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 22122| Komen: 168

Kalau perasan memang berlambak papan iklan produk kosmetik di sepanjang lebuh raya di Malaysia.

Disebabkan itu seorang lelaki yang dikenali sebagai Azizul Azli Ahmad berjaya meraih perhatian ramai apabila mempersoalkan tentangnya di Facebook.


“Dik abang nak tanya dik, kenapa lebuh raya penuh dengan iklan kosmetik dik? Buruk sangat ke muka kami yang pakai highway ni dik?
“Iklan biasanya ditempatkan di lokasi sasaran, maka kami adalah sasaran penguna setiap hari. Abang tanya je, jangan kecam pulak.”

Kebanyakan netizen memberikan pelbagai respon mengenainya. Antara komen:

“Bukan buruk tapi pengguna lebuh raya perasan dia buruk.”

“Pastu semua nak claim (dakwa) nombor satu di Malaysia.” 
“Bisnes kosmetik tengah trending sekarang ni, sebab tu ramai yang nak jadi pengasas produk.” 

Walau bagaimanapun Azizul, 40 yang juga merupakan seorang perunding kewangan dan hartanah itu menerangkan kenyataan yang dibuat adalah mewakili pandangan alter egonya dengan nada bergurau.

“Iklan kosmetik terlalu banyak, sehingga saya rasa ia berlebihan di lebuh raya. Sekejap-sekejap ada iklan, dengan jarak antara 500 meter dan satu kilometer.

“Selain lambakan, kebanyakan iklan berkenaan juga tidak berkualiti dari segi grafik dan penggunaan tagline yang merendahkan pemikiran pengguna,” katanya kepada mStar Online.

Foto: FB Azizul
Pensyarah kanan di Fakuliti Senibina, Perancangan dan Ukur di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Perak itu juga turut menggesa agar satu garis panduan dibuat dalam pemilihan iklan bersesuaian dengan tahap keselamatan pemasangannya di lebuh raya.

“Mohon semua 'read between the lines' sebab saya beri pandangan untuk kebaikan bersama, tapi dibuat secara santai.

“Saya faham lambakan iklan ini sebab adanya permintaan, tetapi perlulah ada sikap bertanggungjawab terhadap produk yang ingin dipasarkan.” -CARI 
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote saladin780 3-10-2017 10:52 AM
mmg banyak pun..dah la majoriti iklan ala2 low class produk timbang kati
Quote ryer25 3-10-2017 10:53 AM
yang penting pbt masyuk
Quote chipsmoremore 3-10-2017 11:06 AM
ryer25 replied at 3-10-2017 10:53 AM
yang penting pbt masyuk


pbt nakk hasil... kalo pbt memilih nanti x de bonus lak
Quote EvieWanKenobi 3-10-2017 11:07 AM
iklan pemutih ketiak pun
ada kat highway..
Quote intan_smsb 3-10-2017 11:07 AM
kite tunggu apa tindakan selanjutnya
Quote Themilo 3-10-2017 11:08 AM
pencemaran estetika. bila PLUS mark up harga untuk pasang billboard, owner tanah-tanah di sepanjang highway plak gigih sewakan tanah masing-masing untuk pasang billboard.
Quote taji2906 3-10-2017 11:10 AM
mungkin iklan kat hiway tu tak mahal mcm dlm bandar kot? rasanya la..
yg aku perasan byk nau iklan pomade tu. smpi ke utara ada jek..
yg aku suka iklan suh slow kat tpmt aes tu. sebelum exit slim river ke mana tu..
Quote Lorra2411 3-10-2017 11:13 AM
selalu nampak iklan gambir emas
Quote mr_cool5885 3-10-2017 11:18 AM
Yg aku tahu lps 3 kali signboard kemere (yg kuning smua ye bkn yg hijau & kuning ye ank2) akn ade aes. So slow down la. Bg la beam kt org dpn klo laju. Wtpe bg duet pree kt gomen ye dak.
Quote vanillaninja 3-10-2017 11:19 AM
Tak lalu highway to office so jarang nampak
Quote renko 3-10-2017 11:20 AM
iklan bodoh hisap-hisap terus cantik tu da xde g kan
pernah nampak pas rnr rawang
Quote Peterpan17 3-10-2017 11:21 AM
saladin780 replied at 3-10-2017 10:52 AM
mmg banyak pun..dah la majoriti iklan ala2 low class produk timbang kati

Iklan kosmetik timbang kati. Murahan punya kosmetik. Adik aku dgn wife aku pelik sapa lah yg beli kosmetik yg begini psl family & org yg kami kenal takde pun yg beli. Mgkn acik acik kepam felda kot yg beli. Kosmetik yg takde RnD. Semua pakai tangkap celup. Pastu bila muka dah menggerutu tau pula komplen.
Quote amyza 3-10-2017 11:21 AM
Yg perasan iklan kosmetik purdah tu. I terkejut ingat hantu,mamai baru bangun tido
Quote saladin780 3-10-2017 11:26 AM
amyza replied at 3-10-2017 11:21 AM
Yg perasan iklan kosmetik purdah tu. I terkejut ingat hantu,mamai baru bangun tido

kan..berpurdah bagai pun gigih nak mencapub jadik model iklan
Quote R2D2 3-10-2017 11:28 AM
96 Sheets

96-sheet billboards are among the most common and widely used billboards in out-of-home media. 96 here refer to the layout of how the billboard will be presented. If your ad needs a large and loud effect, it would be ideal to use 96-sheet which is actually two pieces of 48 sheets placed together.

Standard measurements for the 96-sheet billboard is 10ft x 40ft and 11ft x 41ft. Rental of this space usually goes on an agreed period where it can be between RM2,500 and RM5,000 per billboard monthly or it can be rented on quarterly, half-yearly or yearly basis.

Unipoles/Spectacular

This type of billboard is very effective when used in highways and areas with a large volume of viewers like entertainment outlets and commercial centres. A single pole is used to hold up the billboard which can be single, double or triple sided. A spectacular is one which is customized to be more attractive. Cost to advertise on Unipoles or Spectaculars can be between RM20,000 and RM100,000 per month.
Quote saladin780 3-10-2017 11:29 AM
Peterpan17 replied at 3-10-2017 11:21 AM
Iklan kosmetik timbang kati. Murahan punya kosmetik. Adik aku dgn wife aku pelik sapa lah yg beli  ...

acik2 x kisah berlumur merkuri..yg penting putih cam mayat
Quote dizzzek 3-10-2017 11:30 AM
nk muntah

Quote kerunai 3-10-2017 11:32 AM
mmg tak penah beli la kosmetik2 dodol ni seme

harem jadeh ja seme

baik beli sk2 ka ... loreal ka ...yg dh well establish

sori la meleis jutawan kosmetik wannabe ... letak la iklan atas jalan pun ...buat orang menyampah aje tgk

dah jadi bahan lawak atas highway ..
Quote amyza 3-10-2017 11:32 AM
saladin780 replied at 3-10-2017 11:26 AM
kan..berpurdah bagai pun gigih nak mencapub jadik model iklan

Tulah,jual produk kosmetik tapi muka nye tutup nampak mata jer.hihi

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.066602 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top