Kalau anda boleh layan lagu 'I Am Me' Tok Vida, anda mesti boleh layan lagu tular 'Pen Pineapple Apple Pen' (PPAP) ini!
Penyanyinya, Piko Taro yang juga seorang pelawak dari Jepun itu mendedahkan jumlah pendapatannya bagi lagu PPAP. Nak tahu berapa dia dapat? Sama banyaknya dengan jumlah pendapatan dia bekerja selama 25 tahun! Hebat, kan? Piko atau Daimaoi Kosaka berkata kepada Downtown Now seperti dipetik Astro Awani, dia mendapat pulangan lebih beratus juta yen hanya dalam masa sebulan selepas lagu itu ditularkan. Banyak gila! Macam mana boleh dapat banyak macam tu? Dari mana datang hasil pulangan lagu itu sebenarnya? Sebenarnya, pelbagai iklan komersial televisyen dan radio menampilkan lagu PPAP selain kolaborasi dengan produk terkenal Jepun. Bukan setakat itu, tapi Piko juga pernah muncul dalam pelbagai muzik video, iklan komersial Softbank dan Sesame Street. Tak cukup setakat itu, kafe PPAP dan beberapa siri animasi televisyen turut menggunakan jenama miliknya. Ha, agak-agak lagu I Am Me mampu tak capai kejayaan macam lagu PPAP ini? Untuk pengetahuan anda, Piko berkahwin dengan seorang model pakaian mandi dan personaliti televisyen iaitu Hitomi Yasueda selepas empat tahun mereka bercinta. Menurut Piko, itu adalah kejayaan terbesar dalam hidupnya! - CARI |
14
Bagus |
20
Marah |
19
Terkejut |
10
Sedih |
12
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT