CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Lelaki 12 Tahun Nyaris Jadi Mangsa Culik Van Putih

4-10-2017 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6232| Komen: 36


sumber : sedutan Friends of Southern


Baru-baru ini, seorang budak lelaki berusia 12 tahun nyaris menjadi mangsa culik ketika pulang dari sekolah agama selepas menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA). 

Memetik laporan Harian Metro, dalam kejadian yang berlaku jam 11.41 pagi di Taman Ayer Panas, Setapak, Alang( bukan nama sebenar) ketika itu sampai ke depan rumahnya berasa tidak sedap hati dengan kehadiran sebuah van putih yang diparkirkan berhampiran rumahnya. 

"Saya perasan van itu mengekori saya sehingga ke simpang, menyebabkan saya menyorok di rumah jiran yang sedang berpindah," katanya lagi. 

Menurut Alang, ibunya selalu berpesan agar sentiasa mengambil langkah keselamatan jika mendapati ada individu yang mengekorinya. 


"Ibu sering nasihat dan ingatkan kami untuk larikan diri ke tempat yang selamat dan ada orang jika ada sesiapa yang tidak dikenali mengekori kami," katanya. 

Ibunya berkata, sebaik melihat anaknya tidak masuk ke rumah dan van putih itu mengundur mengikuti anaknya, dia terus keluar rumah. 

"Ketika itu, saya menunggu Alang pulang ke rumah sambil memerhatikan kamera litar tertutup (CCTV). Saya menyedari kemunculan van putih itu namun tidak mengesyaki apa-apa."

"Tiba-tiba ada lelaki membuka pintu van belakang dan mengundurkan kenderaan menghampiri Alang. Saya terus berlari keluar tetapi Alang sudah tiada, manakala van putih itu berada di simpang berhampiran rumah saya."

"Takut jadi apa-apa kepada Alang, saya ambil bayi di dalam rumah dan menghidupkan enjin kereta sebelum melihat Alang berpatah balik ke rumah kira-kira lima minit kemudian. Saya hanya memikirkan keselamatan anak saya," katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.- CARI






16

Bagus
16

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 4-10-2017 05:00 PM
Van putih bukan sekadar urban legend.. memang wujud rupanya..  
Quote Queenmastani 4-10-2017 05:02 PM
Allahu nasib baik Allah lindungi budak ni..kalau tak ntah apa jadi..
Quote jazaa100 4-10-2017 05:08 PM
Hish...siap dah bukak pintu van dah tu....

Nasib baik Alang bijak tak turun basikal & bukak pintu gate....klu Alang bukak pintu gate mesti tak sempat....mesti kena tarik masuk dlm van....

Alhamdulillah tak jd apa apa kat Alang....
Quote mamarock 4-10-2017 05:11 PM
Bagus Alang dengar cakap ibunya. Maka selamatlah dirinya daripada malapetaka.
Quote kroit92 4-10-2017 05:19 PM
area rumah aku pun ada jugak kes van putih ni.

nak culik budak betul-betul depan sekolah. gila berani.

alhamdulillah, budak tu jenis cerdik. bila van tu berhenti je, ada lelaki keluar pergi ke arah dia, lintang pukang lari masuk ke pagar sekolah balik sambil jerit tolong.

laki tu masuk balik van, blah. risau weh..

sekarang, untuk langkah keselamatan, memang penuh area depan dan belakang sekolah dengan van-van sekolah oren, dengan bas sekolah je. budak-budak pun dah berani tunggu luar pagar balik
Quote Nurul8001 4-10-2017 05:27 PM
Ya Allah,syukur anak ni selamat..

Bukan dulu dalam berita kata kes van putih ni tak patut dirisaukan ke..? Ha, sekarang tengok, tengok..!

Patutnya dalam berita lah war warkan kes ni supaya semua orang alert..
Quote abangadek 4-10-2017 05:30 PM
Nurul8001 replied at 4-10-2017 05:27 PM
Ya Allah,syukur anak ni selamat..

Bukan dulu dalam berita kata kes van putih ni tak patut dirisau ...

bodoh sgt sesape yg war2kan cmtu
Quote milanhawkin 4-10-2017 05:42 PM
Allah... takutnya la baca citer2 mcm ni.. mcm makin menjadi2 je jenayah kt mesia ni.
Malaysia Aman?
Quote white_musk 4-10-2017 05:53 PM
SebenRnya,  untuk hapuskan jenayah senang saja.  Paksa semua perempuan pakai tudong.  Nescaya tiada jenayah berlaku sesudah itu.  Insyaallohh
Quote alieyrina 4-10-2017 05:55 PM
Haihh bila nk buru habis2an manusia mcm nii! Geramm tgk..daerah aku pun ada kes..
Quote koko2 4-10-2017 06:04 PM
sepatutnya berita macam ni keluar kat berita tv waktu utama..
sgt menakutkan bila tgk video ni..
mmg wujud penculik van putih ni..

tiada kawasan yg selamat utk anak2 sekarang..
di sekolah (masa tggu van/bas/parents , di rumah...)

ohh Msia ku apa nak jadi niiiii
Quote she 4-10-2017 06:08 PM
Wowwwwwww dh siap bukak pintu...mujur Alang bijak

Dan omak Alang juga bravo syabas betei....omaknye berani
Quote awanearisu 4-10-2017 06:14 PM
Mujur Alang bijak. Dengan rakaman cctv ini harap pihak berkuasa tidak lagi mengambil ringan kejadian-kejadian sebegini. Yang menjadi sasaran itu boleh jadi orang yang kita kenal
Quote spankee_fili 4-10-2017 06:18 PM
Themilo replied at 4-10-2017 05:00 PM
Van putih bukan sekadar urban legend.. memang wujud rupanya..

tula..selama ni ingatkan urban legend dan karangan hasanah semata..
tapi kalau dah ada cctv capture tu..memang sah wujudla!
dah nape dorang tak cat sama macam van sekolah? lagi senang nak culik budak kan?ke tak?
Quote Artemesiaa 4-10-2017 06:22 PM
Sebab tu penting selalu ingatkan bebudak tentang alert dengan persekitaran dan langkah keselamatan andainya rasa diri diekori cam dalam kes adik ni.  CCTV pun banyak membantu dalam mencegah jenayah.  Syabas buat emak yang bijak.
Quote dauswq 4-10-2017 06:25 PM
spankee_fili replied at 4-10-2017 06:18 PM
tula..selama ni ingatkan urban legend dan karangan hasanah semata..
tapi kalau dah ada cctv captu ...

ye tak ye gak kan..
kenapa mesti van putih?
Quote spankee_fili 4-10-2017 06:56 PM
dauswq replied at 4-10-2017 06:25 PM
ye tak ye gak kan..
kenapa mesti van putih?

sebab ada banyak van putih kot..senang tukau no plat jek..haha
Quote amyza 4-10-2017 07:28 PM
Ya allah...risau nye jadi macam ni. Lepas ni parents kena pegi ambil anak depan gate sekolah.
Quote RatuDunia94 4-10-2017 07:33 PM
Syabas dik sbb ko bijak dgn tindakan yg ko ambil..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.054177 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top