Tindakan seorang lelaki berumur 41 tahun yang menggunakan kucing peliharaannya sebagai "modal" untuk mendapatkan sumbangan kewangan akhirnya terbongkar. Melalui laman Facebooknya, lelaki terbabit memohon sumbangan kewangan kononnya untuk membeli makanan dan merawat kucingnya yang sakit. Namun tindakannya itu mula mendatangkan keraguaan oleh Kelab Pencinta Kucing. Setelah menerima aduan daripada kelab tersebut, balai polis Sentul menghantar sepasukan polis menyerbu rumah lelaki tersebut yang terletak di sebuah apartmen di Bandar Baru Sentul. Jesteru, 46 ekor kucing yang dikurung dan terabai berjaya diselamatkan. Memetik laporan Bernama, Pengerusi Sahabat Kucing Jalanan, Mohd Rosli Mohd Ariffin berkata, kucing-kucing itu dikurung di dalam sangkar kecil di dapur rumah dengan keadaan yang tidak terurus dan berbau busuk. Hampir keseluruhan kucing itu dijangkiti ‘Sporo’ dan demam.
"Penyakit Sporotrichosis atau dikenali sebagai “Sporo” disebabkan oleh fungus yang berasal daripada persekitaran tanah, tumbuhan dan spesies haiwan." Polis mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memujuk lelaki berkenaan supaya menyerahkan kucing-kucing tersebut. Manakala lelaki berkenaan berkeras bahawa dia sayangkan kesemua kucingnya itu namun tidak mempunyai masa untuk mengemas rumah sejak ibunya meninggal dunia April lalu. Katanya, beliau membela kucing sejak beberapa tahun lalu dan jumlah kucing yang dibela semakin bertambah sejak ibunya meninggal dunia. “Saya tidak dera, cuma saya tidak mampu merawat kucing yang sakit sebab saya tiada duit,” katanya dan menambah, sebab itu beliau bergantung kepada sumbangan orang ramai untuk menyara kucing." Sementara itu, seorang anggota Kelab Pencinta Kucing Malaysia, Leen Mustafa berkata sebahagian daripada kucing yang diselamatkan itu kini ditempatkan sementara di sebuah kedai menyediakan perkhidmatan “hotel kucing”. Dalam pada itu, Kelab Sahabat Kucing Jalanan pula memaklumkan bantuan rawatan untuk kucing yang kurang sihat dan berpenyakit amat diperlukan dan kini kelab tersebut sedang mengumpul dana untuk membiayai kos rawatan kucing-kucing itu. Orang ramai yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh menghubungi Kelab Pencinta Kucing melalui Leen di talian 019-3999962.- CARI
|
5
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
12
Sedih |
2
Lawak |
16
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mesmerize replied at 5-10-2017 02:57 PM
ai bela 2 ekor je dalam rumah pun dah huru hara rumah ai sis..
flesh replied at 5-10-2017 03:00 PM
dah hura hara, buat bela?
kasi kat jiran kau je la.
mesmerize replied at 5-10-2017 03:02 PM
sebab sayang. dari kecik sampai ke sebesor hanjeng aku bela kucing2 aku tuh.
flesh replied at 5-10-2017 03:04 PM
maknanya dari kau kecik sampai kau besor, rumah kau hura hara la kan...
busuk bau taik kucing.
...
ADVERTISEMENT