Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikenali ramai dengan tindakan agresifnya dalam usaha menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu isu khususnya berkait dengan sistem pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Sepertimana yang kita ketahui sebelum ini, beliau pernah membawa keranda dan mencampak tong di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam untuk meluahkan kemarahannya tentang masalah bekalan air yang kerap berlaku di kawasan Lembah Klang dan Selangor.
Memetik laporan KiniTV, hari ini beliau sekali lagi bertindak memecahkan lebih 100 tin bir di hadapan bangunan SUK berhubung masalah penganjuran pesta arak atau Festival Oktober di Selangor yang dikatakan mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri Selangor. Hadir bersama kira-kira 20 orang penyokongnya sambil membawa beberapa peti minuman keras dan tukul besi pada jam 10.15 pagi. Jamal berkata, pihaknya membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor. Pemimpin Umno itu turut memberikan amaran kepada pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak mengambil mudah terhadap penganjuran pesta itu selain melarangnya diadakan di Selangor.- CARI
|
9
Bagus |
12
Marah |
19
Terkejut |
17
Sedih |
16
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
bit replied at 5-10-2017 01:13 PM
Nak tanya mcm mana Jamal jamban ni boleh dpt arak byk byk? Org Islam kan dilarang membeli arak ...
mummyAS91 replied at 5-10-2017 01:27 PM
cara nii bukam selesaikan masalah... kesian org yang kene buat pembersihan tu. menyusahkan
ADVERTISEMENT