CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bapa Ditahan, Rantai Anak Berhampiran Tong Gas

6-10-2017 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7736| Komen: 56


sumber : Facebook Daily Traffic Report


Seorang budak lelaki berusia 10 tahun disyaki didera oleh bapanya ditemui pengsan di kawasan berhampiran tong gas dengan lehernya diikat dengan rantai. 

Memetik laporan laman facebook Daily Traffic Report, kejadian yang berlaku di Kuantan, Pahang itu terbongkar hasil aduan orang awam yang membuat laporan polis pada Khamis lalu sekitar jam 9.45 pagi. 

Sebaik saja polis tiba di rumah tersebut, polis terpaksa memecah masuk ke rumah itu setelah beberapa kali mengetuk pintu rumah dan tidak berjawab. Mangsa kemudian segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan.

Difahamkan, ini bukan kali pertama mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik didera oleh bapanya yang dikenali sebagai Mohd Farid Fikri. 


Sebelum ini bapa mangsa memaklumkan kepada pihak polis, dia terpaksa menghukum anaknya dengan cara seperti itu berikutan anaknya sering ponteng sekolah. 

sumber : Facebook Daily Traffic Report

Setakat ini, mangsa masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan polis juga masih dalam proses menjalankan siasatan kes penderaan tersebut. 

Dalam pada itu, memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, bapa kanak-kanak itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini di Lokap Balai Polis Kuantan manakala ibunya yang berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.- CARI
28

Bagus
18

Marah
7

Terkejut
16

Sedih
23

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (105 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AJ88 6-10-2017 03:26 PM
hukum anak dgn cara cmtu sbb ponteng skola?

anak bru 10 thn weyhhh. ade cari lain nk bg hukuman.

Quote izwani 6-10-2017 03:55 PM
Agak2 la nak mengajar  anak pun.. 10 tahun  kot.. Cari la punca pasai apa dia ponteng.. Adoii..
Quote kuzaime 6-10-2017 03:58 PM
Itu anak manusia bukan anak haiwan yg lehernya kena dirantai..
Banyak lagi cara nk hukum anak.. Pikir lah dulu sblm buat apa2..
Quote raradhia 6-10-2017 04:02 PM
dr rumah mng ada yg xbetul laa ni, sbb tu anak ponteng sekolah. .aduhai
Quote alinone78 6-10-2017 04:10 PM
sebat le dulu
Quote Sazida 6-10-2017 04:32 PM
Bapaknya askar. Dh kena tahan. Nasib baik jiran prihatin. Iols menangis bila dpt reports tadik. Sedihh sebak sakit hati semua ada . Tgk keadaan rumah dia mmg nmpk sgt broken family. Tak terurus.{:cryrun
Quote mamarock 6-10-2017 04:35 PM
Askar lagi. Kat rumah pun denda ala-ala askar jugak
Quote mamarock 6-10-2017 04:37 PM
Syukurlah dik. Terlepas akhirnya drp 'bilik tahanan' buatan bapak kamu
Quote SelakLangsir 6-10-2017 05:10 PM
Org skrg pelik2 cra bela anak. Baghal mungkin
Quote zamnie 6-10-2017 05:13 PM
Bapak syaitoooonnnn.... moga dia kena mcm tu kat lokap
Quote amira_safia 6-10-2017 05:19 PM
cuba buat bapak dia macam tu ...
Quote fox. 6-10-2017 05:22 PM
akak ingat berlaku kat china tadi. pahang darul makmur rupanya
Quote munahjolie 6-10-2017 05:31 PM
Kesian. Budak umur 10 tahun bukannya tak tahu if family dia happy ke tak. Maybe dia ponteng sekolah sebab bapaknya yg kurang beri perhatian? Patut siasat dulu kenapa anaknya macamtu bukan terus menghukum.
Quote asfaz 6-10-2017 06:10 PM
Bebai amat apaknya
Quote shernazz 6-10-2017 06:15 PM
sat lagi dah tua
anak tu la yang jaga kamu
kang dia dendam..dia ikat kamu kat dapur gas plak..nak makan
.masak.je trus kat situ...xyah gi kedai...
Quote EvieWanKenobi 6-10-2017 06:23 PM
kesiannya.. ntah2 makan minum pun
pun terabai..
Quote mizkajura 6-10-2017 06:29 PM
Bbbaaby punya pak!!!!
Quote noqiz 6-10-2017 07:09 PM
kesian jugak kat bapa dia..mungkin banyak masalah.. anak pulak hal.. ponteng sekolah.
cuma tak best sikit..sebab ikat dekat leher.
Quote naina 6-10-2017 07:17 PM
Kesiannya rantai kat leher..
Xbg makan ke sampai pengsan
Degil sgt pon.. Rotan la sbb dh 10 tahun
Yer memang ada budak2 nakal sgt
Ajar jgn smpi jd macam budak2 yg bakar tahfiz tu

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053233 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top