Seorang bapa dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah menumbuk bayi perempuannya yang baru berusia dua hari sehingga mati, lapor Metro.
Liam Deane, 22, didakwa berang kerana mangsa yang bernama Luna menangis tanpa henti. Ibu Luna, Karen Bissett, 21, meninggalkannya dengan Deane sementara dia berehat seketika, namun Deane gagal mengawal emosinya apabila mangsa tidak berhenti menangis. Pendakwa Michael Smith berkata, bayi itu mengalami kecederaan pada tubuh, muka dan juga pada otaknya. “Dia (Deane) mengakui bertanggungjawab ke atas kecederaan dialami anaknya kerana tak tahan dengan tangisan mangsa,” katanya.
Deane bagaimanapun memberitahu isterinya bahawa Luna hanya terjatuh. Mereka menghubungi ambulans selepas Deane memberitahu ibunya bahawa Luna mengalami kesukaran bernafas akibat terjatuh dan kepalanya terhentak. Bagaimanapun, pasukan paramedik yang tiba mendapati wajah bayi itu dipenuhi kesan lebam dan bengkak yang teruk. Mangsa dikejarkan ke Leeds General Infirmary sebelum disahkan meninggal dunia pada 14 Julai iaitu tiga hari selepas kejadian. Ketika disoal siasat, Deane mengaku menyebabkan kecederaan pada bayi itu dengan menumbuk muka, mencubit dan menggoncang mangsa. - CARI |
4
Bagus |
7
Marah |
3
Terkejut |
10
Sedih |
11
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT