Susulan berlakunya fasa perubahan tiupan monsun bermula Jumaat lalu, diramalkan satu banjir besar bakal melanda negara kita pada bulan ini. Memetik laporan Astro Awani, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, taburan hujan yang meningkat merupakan amaran awal bahawa akan berlakunya fenomena ini dan ia diramal berlaku di seluruh rantau ini termasuk Indonesia dan Filipina. "Kita telah meminta kerajaan negeri dan Majlis Keselamatan Negara untuk bersedia, selain mengambil langkah-langkah awal untuk berhadapan fenomena ini." Jelasnya kajian mendapati fakta yang dikumpul pada tahun 2012 hingga 2014 berkaitan taburan hujan dan banjir tidak lagi tepat dan relevan dengan data terkini.
“Oleh yang demikian, saya telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengkaji semula dari pelbagai sudut akan fakta-fakta taburan hujan ini dan mengenal pasti tempat-tempat yang dahulunya tidak banjir tetapi kini tenggelam, seperti yang kita lihat telah berlaku di Semenanjung." Katanya, kajian kini dilakukan secara saintifik oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Meteorologi, Jabatan Laut dan Institut Kajian Hidraulik Kebangsaan untuk mengumpul data dan merancang tambatan banjir di seluruh negara. Kajian turut dilakukan untuk mengemas kini fakta taburan hujan yang akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet akan datang.- CARI
|
17
Bagus |
8
Marah |
28
Terkejut |
7
Sedih |
24
Lawak |
12
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
chacon replied at 9-10-2017 06:45 PM
bala2... adakah salah kerajaan?
AbukRokok: tak...salah pesta beer dan gay
mzzenma replied at 9-10-2017 07:57 PM
Mzz suka sangat hujan..very soothing and melancholic gitu
Tapi tak mau lah sampai banjir..huhuh
ADVERTISEMENT