Seorang bapa dituduh membunuh anak angkatnya yang digelar sebagai 'syaitan berpakaian yang membesar dalam tubuh bayi'.
Matthew Scully-Hicks, 31, didakwa membunuh Elsie, 18 bulan, selepas 'menyerang dan menderanya' selama beberapa bulan. Daily Mail melaporkan, tertuduh dan pasangan gaynya, Craig mengambil Elsie sebagai anak angkat pada September 2015 dan prosesnya selesai hampir lapan bulan kemudian. Namun, tak sampai dua minggu kemudian, mangsa meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala. Elsie menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Wales, Cardiff, selepas doktor memutuskan dia tiada peluang untuk hidup dan mematikan alat bantuan pernafasannya.
Selepas kematian tragis Elsie, polis memeriksa alat elektronik Matthew termasuk iPad miliknya, Pada 22 September 2015, mahkamah mendengar tertuduh pernah menghantar mesej kepada seorang rakan, 12 hari selepas menjaga Elsie. "Saya rasa macam dalam neraka menjaga Elsie! "Waktu makan dan tidur adalah mimpi buruk saya pada masa ini. "Dia menangis selama 10 minit tanpa henti. Dia baru sahaja berhenti tetapi saya tak rasa itu tangisan terakhirnya yang akan saya dengar malam ini," tulisnya. Malam itu juga, dia menghantar mesej kepada pasangannya, Craig dan memberitahunya Elsie ialah seorang 'psiko'. Pada 29 September 2016, dia menghantar mesej kepada Craig menggambarkan Elsie sebagai 'syaitan berbaju yang membesar dalam tubuh bayi.' Matthew sebelum ini tidak mempunyai rekod kesalahan lampau bertemu pasangannya yang lima tahun lebih tua daripadanya di Swindon, Wiltshire, pada 2006. Matthew berasal dari South Wales dan mereka berpindah ke Cardiff sekitar 2011. Matthew dan Craig yang juga seorang pengarah di sebuah syarikat kemudiannya berkahwin di Portugal pada Ogos 2012 dan memohon untuk mengambil anak angkat pada tahun sama. Pendakwa Paul Lewis QC berkata, Elsie ditemui pasukan paramedik dan tidak bertindak balas selepas Matthew menyerangnya di kediaman mereka di Fairwater, Cardiff, 25 Mei lalu. "Kecederaan yang menyebabkan kematiannya berpunca daripada serangan defendan sebelum dia memanggil perkhidmatan kecemasan pada hari tersebut. "Serangan pada hari itu bukan kali pertama dan ia juga bukan kali pertama bayi itu mengalami kecederaan serius," katanya. Sementara itu, Express.co melaporkan Matthew mengaku tak bersalah dan mendakwa tidak berpuas hati dengan hasil siasatan perubatan. - CARI
|
26
Bagus |
16
Marah |
19
Terkejut |
20
Sedih |
12
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT