Kanak-kanak berusia empat tahun ditemukan mati lemas selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam satu meter ketika hujan lebat di Taman Agropolitan, Rantau Manis, Gua Musang, kira-kira jam 5 petang semalam.
Harian Metro melaporkan, Muhammad Hazim Rizqi Mohd Za'in, anak bongsu dari empat beradik itu sedang bermain dengan rakannya sebelum terjatuh. Penduduk kampung menemui mayat mangsa pada jam 6.45 petang selepas dihanyut arus deras dalam longkang berkenaan. Ketika kejadian, Mohd Za'in berkata, dia dan isteri, Nor Azlidawati Ibrahim, 35, sedang membaiki kereta di tepi rumah sementara anaknya bersama empat lagi rakan berada di kawasan berhampiran.
"Tak tahulah saya, bila arwah pergi ke depan rumah jiran dan terjatuh dalam longkang sebelum dihanyut arus deras. "Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas diberitahu seorang anak perempuan jiran sebelum bergegas ke lokasi namun ketika itu anak saya sudah hilang dihanyutkan arus deras. Selepas itu dengan bantuan penduduk setempat usaha mencari terus dijalankan. "Mayat anak saya ditemui tersekat pada dawai besi longkang dalam keadaan sudah tidak bernyawa sebelum terus dibawa ke hospital," katanya. Tambahnya, arwah seorang anak yang manja dan pemergiannya amat dirasai, namun dia reda. Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang menerima pangilan kejadian itu jam 5.57 petang sebelum lima anggota dikerahkan ke lokasi kejadian. "Mayat mangsa lemas ditemui dalam longkang besar sedalam hampir dua meter," katanya. - CARI
|
9
Bagus |
7
Marah |
8
Terkejut |
2
Sedih |
3
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT