CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengatakan Secara Umum Cina Tidak Bersih, Saya Tidak Setuju."- Ridhuan Tee

12-10-2017 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5498| Komen: 39


sumber : internet


Baru-baru ini kita digemparkan dengan kenyataan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin yang didakwa menghina tindakan Sultan Johor terhadap sebuah kedai dobi di Muar.

Terdahulu, Sultan Ibrahim mengkritik tindakan pemilik sebuah kedai dobi kerana mensyaratkan perkhidmatan kedainya hanya untuk pelanggan muslim kerana menganggap masyarakat Cina dan bukan Islam tidak bersih.

Memetik laporan portal Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ahli akademik dan penceramah terkenal, Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah tampil menolak anggapan itu dengan menegaskan secara umum masyarakat Cina sudah terkenal sifat pembersih. 

“Memang secara fizikal majoriti orang Cina kencing berak tidak menggunakan air. Mereka menggunakan tisu. Tetapi mengatakan secara umum, Cina tidak bersih, saya tidak setuju."


“Walaupun mereka tidak berpegang kepada hadis, kebersihan itu sebahagian daripada iman, tetapi berbanding dengan mereka yang berpegang dengan hadis tersebut, cuba lihat bersih atau tidak rumah atau restoran atau tempat kerja mereka.”

Ridhuan turut berkongsi pengalamannya sendiri bahawa jarang rumah orang Cina yang diziarahinya bersawang atau mempunyai lantai berlumut dan kotor.

“Berbanding dengan kita, usah pergi jauh. Lihat masjid surau kita. Pergi bahagian tempat wuduk, tandas dan sebagainya. Ini belum termasuk ruang solat berselerak dengan tahi cicak,” katanya.

Realiti hari ini, kata Ridhuan, tidak ada sebuah negara Islam pun yang boleh dikategorikan bersih dalam kalangan 30 buah negara teratas di dunia.

Beliau juga membangkitkan isu-isu lain yang melibatkan orang Cina dan bukan Islam.

“Jika nak suci sangat, jangan kunjungi pasar raya atau kedai-kedai Cina. Boleh dikatakan semua produk makanan dan pasar raya adalah keluaran mereka."

“Begitu juga, jangan pegang wang siling atau kertas kerana semua itu sudah berlegar di kedai babi dan kedai judi."

“Kenapa kita simpan duit ini dalam wallet (dompet) dan membawanya bersolat. Bukankah ia tidak suci?” soal mualaf itu lagi.

Sementara itu, dalam hal masalah sosial juga, anak-anak umat Islam yang memakan makanan “halalan toyiban” (halal dan baik) sering melepak, menghisap dadah dan mencuri, termasuk kasut-kasut di masjid.

“Sedangkan mereka yang tidak bersih, tidak suci, pemakan babi dan pemelihara anjing dan sebagainya, mereka yang bekerja siang malam untuk mencari wang dan menjadi kaya raya."

“Gejala sosial mereka tidaklah sehebat kita hari ini. Sebab itu, komen secara umum sebegini tidak berhikmah,” katanya.

Menghormati hak Zamihan memberikan pendapat, Ridhuan bagaimanapun menolak langkah generalisasi itu kerana ia merugikan dakwah.

“Islam bukan hanya bercakap soal bersih suci sahaja. Malah, lebih besar daripada isu pendidikan anak-anak selepas itu,” katanya.

“Tidak ada gunakan mendirikan rumah berdepan kaabah, dapat meminum air zam-zam dan mengerjakan umrah saban hari dan haji saban tahun, sekiranya kita hanya ekstrem dalam satu aspek sahaja, tetapi tidak ekstrem dalam perkara lain dalam melaksanakan Islam sebagai satu cara hidup.” - CARI

9

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (36 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 12-10-2017 01:56 AM
Semboyan1Cina sudah berbunyi..
Quote FOTHER-MUCKER 12-10-2017 02:41 AM
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-10-2017 08:27 PM

Sakitnya hati lobai teroris bila Ridzuan menafikan bangsa cina adalah tidak pengotor! Rasakan lobai teroris yang berhati busuk!
Quote AbukRokok 12-10-2017 07:28 AM
tiba tiba uturn?  klu x dlu pun dia suka kluar statement bangang dan menyakitkan hati
Quote dodolgemok 12-10-2017 07:53 AM
Eh pandai pulak pro meleis totok ni sentap? Anyway mmg betul pon dia cakap, nak cakap cina tu kotor padahal rumah kebanyakan meleis pprt sendiri pon cam tongkang pecah. Si zamihan samseng tu tgok je la penampilan dia nmpak jijik dan busuk,mulut pon busuk
Quote dizzzek 12-10-2017 07:54 AM
rihuan ti ni musti sakit hati sbb masih ada dna cina dlm badannya
Quote ifanonline 12-10-2017 08:33 AM
cina kan makan babi...sudah pasti darahnya kotor...
Quote EncikRhoma 12-10-2017 08:36 AM
dulu dia la yg suka kutuk bangsa dia sendiri. Tapi betul la dia cakap "generalisasi rugikan dakwah"... ko nak ajak orang tu masuk Islam, tapi ko hina dia, ko hina cara hidup dia. Ko ingat orang nak respek ko?
Quote Lagubestbest 12-10-2017 08:56 AM
Islam tu agama. Agama tu cara hidup. Jadi Islam boleh diertikan sebagai.. Cara hidup (bukan ibadah saja, tapi semua hal hati, kata-kata dan perbuatan dari bangun tidur hingga lelap mata di malam hari) yang diredhai Allah. Semua mesti BERSIH dan SUCI.
Quote jazaa100 12-10-2017 09:05 AM
AbukRokok replied at 12-10-2017 07:28 AM
tiba tiba uturn?  klu x dlu pun dia suka kluar statement bangang dan menyakitkan hati

Kannn.....

Aku baca 2X betul ke dia yg ckp ni....
Quote Bedah.Cun 12-10-2017 09:32 AM
Ni hao? Cing cong cong ceng zong zeng zing song
Quote melayu.asli 12-10-2017 09:35 AM
Keluarkan saja Pemakan Babi dari Malaysia.

Why nak larang kitorang guna duit.

Cina yang sepatutnya kena balik Cina
Quote GhostWalking 12-10-2017 09:41 AM
Tau pulak ko terasa
Quote nisako 12-10-2017 11:40 AM
ambik  ko...............
Quote xy_daen 12-10-2017 12:18 PM
Tau pulak nak u turn..
Quote IsobelMelody 12-10-2017 01:13 PM
aikkk uturn pulak dia. menarik ni{:question{:question
Quote dizzzek 12-10-2017 01:14 PM
ifanonline replied at 12-10-2017 08:33 AM
cina kan makan babi...sudah pasti darahnya kotor...

tapi melayu x haram pula guna darah cina kan
Quote dizzzek 12-10-2017 01:16 PM
bangcak replied at 12-10-2017 09:41 AM
yg viralnya isu dobi "untuk muslim sahaja"
apahal umngok dok bertelagah pasal perkauman??
...

klau setakat tulis: untuk muslim sahaja
ok je
tp jilake phundek tambah ayat: atas faktor kesucian
suci jibai dia la
Quote ifanonline 12-10-2017 01:22 PM
dizzzek replied at 12-10-2017 01:14 PM
tapi melayu x haram pula guna darah cina kan

kalau di beri pilihan...dan juga sekiranya muslim tahu darah itu dr golongan kapir...umat islam pasti menolaknya...

kalau tiada pilihan...yakni darurat...terpaksa la juga kan? kena jelas di sini...KEADAAN DARURAT...babi pun umat islam makan...no issues here

Quote talapia 12-10-2017 01:29 PM
dizzzek replied at 12-10-2017 01:16 PM
klau setakat tulis: untuk muslim sahaja
ok je
tp jilake phundek tambah ayat: atas faktor kesucia ...

kann...

lantakla kalau owner tu nak khaskan dobi untuk muslim saje ke... pompuan saje ke.. TAPI.. gi tulis atas faktor KESUCIAN.

itu yang silap. Betul.. alasan dia konon kata pakaian non muslim mungkin ada najis2 mughallazah... tapi tak perlula tulis camtu.. kita negara bermacam kaum bermacam agama. Cara tulis camtu secara tak langsung mengatakan pakaian non muslim tu tak suci.. kotor.. jijik..

tapi.. kalau dia tak tulis pulak atas sebab apa dia terima muslim customer sahaja? Ada pulak nanti yang kata sebab dia racist.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048642 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top