Anak mana tak sayang ayah dan anak mana tak rindukan ayahnya jika terpisah jauh. Itulah dugaan yang sering dialami anak kepada pasangan yang sudah berpisah.
Ingat lagi anak perempuan Tom Cruise, Suri yang comel tu? Terbaru, dia dilaporkan terlalu merindui ayahnya selepas bertahun tidak bertemu! Memetik Hollywoodlife, anak kepada Tom Cruise, 55, dan Katie Holmes, 38, itu dilaporkan merayu untuk bertemu bapanya selepas empat tahun tidak bersua muka. Menurut majalah Star seperti dipetik Hollywoodlife, Suri terlalu ingin bertemu Tom sehingga dia tertanya-tanya adakah dia ada membuat kesilapan sampai bapanya enggan berjumpa dengannya lagi.
Dalam masa sama, Katie mendakwa dia ada menjelaskan situasi sebenar kepada Suri. Dia berkata, kesibukan Tom dengan kariernya menyebabkan dia tak berkesempatan menjenguk puterinya itu. Bagaimanapun, Suri anak yang pintar dan sudah tak mahu percaya lagi dengan alasan sedemikan kerana dia tahu yang bapanya sering menghabiskan masa bersama anaknya yang lain iaitu Connor dan Isabella, kata sumber. Tambah sumber itu, Tom dan Suri sering berhubung menerusi aplikasi Skype, namun Suri mahukan lebih lagi iaitu untuk mereka bertemu. Sementara itu, portal hiburan Gossip Cop mendakwa majalah itu hanya mengada-adakan cerita sahaja. "Semua cerita itu tak betul," kata wakil Katie kepada Gossip Cop. Malah, jurucakap itu mengakui pihaknya ada memaklumkan kepada Star bahawa dakwaan mengenai Suri itu adalah '100 peratus tak benar'. Namun, majalah itu sengaja tak mengendahkannya kerana mahu 'melariskan' jualan mereka. Alamak, mana satu nak percaya ni? Anda pula? - CARI |
9
Bagus |
9
Marah |
11
Terkejut |
16
Sedih |
22
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT